Tarikh : 17 April 2024 (Rabu),20 April 2024 (Sabtu), 24 April 2024 (Rabu) Masa : 12.00 tghari hingga 1.00 ptg,11.00 pg hingga 12.00 tghari, 9.00 pg hingga 10.00 pg Lokasi : Bilik Latihan Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Wakaf Aik Peserta : 5 Orang |
Tujuan
RESUME PERMOHONAN KERJA
Aktiviti
Para peserta diberikan tunjuk ajar cara untuk menghasilkan resume permohonan kerja yang kemas dan menarik. Menggunakan Microsoft word, klik pada more templates dan taip resume. Pelbagai rangka resume telah disediakan. Peserta perlu memilih rangka yang menarik dan sesuai untuk dijadikan resume. Peserta perlu memasukkan maklumat peribadi seperti nama penuh, no kad pengenalan, no telefon, email, Alamat dan lain-lain. Jika peserta mempunyai pengalaman kerja yang banyak, pilih pengalaman yang paling terbaik atau yang paling lama bekerja. Manakala jika tiada pengalaman, peserta boleh masukkan penyertaan kokurikulum semasa belajar seperti pengakap, debat, persatuan-persatuan sekolah dan lain-lain.
_____________________________________________________________________________