KEROPOK
Bachok memang terkenal dengan makanan berasaskan makanan laut terutamanya dari ikan. Keropok lekor atau pun kerepok keping amat popular di kawasan persisiran pantai, malah ia nya juga telah dijual diseluruh Malaysia. Orang ramai tidak perlu dirisau untuk mencari keropok kerana hampir diseluruh daerah Bachok, kebanyakkan penduduk menjalankan perniagaan memproses keropok. kedai-kedai disekitar Bachok ada menjual keropok dan kedai-kedai di tepi Pantai seperti Pantai Senak, Pantai Kemayang, Pantai Irama turut menyediakan keropok lekor dan keping kepada pelanggan.
Kedai Keropok "SERI KEROPOK LEKOR" yang popular di Bachok
KEDAI SERI KEREPOK TERLETAK DI KG DARAMAIN, KUABNG KAWAH BACHOK..(BERDEKATAN DENGAN PANTAI IRAMA)
http://wakafaik.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan#sigFreeId90e32ce941
MAGGI TIRAM
Meggi Tiram mula terkenal pada penghujung Tahun 2014. Tiram merupakan salah satu makanan Laut yang makin popular dan ia boleh digunakan dalam perlbagai masakan , khususnya Makanan Laut. Meggi Tiram ialah salah satu makanan yang semakin popular di Malaysia. Meggi Kari atau pun meggi perisa lain, akan dimasak dan dicampurkan tiram sebagai lauk. ia sungguh enak kerana Tiram yang digunakkan adalah sungguh segar. Orang ramai telah mula meminati Meggi Tiram ini selepas ia nya mula dijual di Kedai Meggi Tiram Kg Kemayang Bachok Kelantan.
KEDAI MEGGI TIRAM DI KG KEMAYANG
"Kedai meggi Tiram ini terletak di Kg Kemayang Tawang , Bachok Kelantan. 4km dari Pusat Internet 1Malaysia Kg Wakaf Aik"