Kampung Wakaf Aik terletak berdekatan dengan kawasan persisiran pantai. Ia nya sesuai dijadikan tempat perlancongan tepi pantai. Pantai Senak merupakan pantai yang berdekatan dengan kampung tersebut. Pantai Senak terkenal dengan permandangan yang menarik dan pantai yang cantik . Selain dari itu, Pantai Kemayang juga merupakan salah satu pantai yang terletak berdekatan dengan kampung Wakaf Aik. Pantai Kemayang terletak di dalam Mukim Kemasin Tawang. Pantai ini menghadap Laut China Selatan dan telah ditambak bagi mengelakkan hakisan dari berlaku. Ia nya sering dikujungi pada hari minggu (Jumaat dan Sabtu) dan cuti – cuti am.