Usahawan (Air Balang Cik Naa & Popia)

 Nama :Nur Amalina Bt Mohamad

 Umur : 25 Tahun

 Ahli : 2023

Latar Belakang

Pn. Amalina merupakan seorang suri rumah sebelum memulakan perniagaan kecil-kecilan pada oktober 2023. Produk jualan beliau yang pertama ialah air balang. Bermula dengan 3 jenis perisa air balang dan kini sudah dapat menambah 2 jenis perisa air balang yang berlainan setiap hari serta beliau juga telah menambah produk jualan popia panas (carbonara & sayur).

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau berniaga di Pasar Wakaf Aik dan juga di jalan utama ke Pantai Senok hampir setiap hari.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau lebih cekap mempromosikan produk jualannya di media sosial seperti whatsapp, facebook dan tik tok. Kini, jualan beliau semakin laris dan maju. Beliau juga turut aktif berniaga di kawasan program terutama program anjuran NADI seperti Program Jiwa Madani Peringkat Parlimen Bachok di NADI Wakaf Aik.

 448107636 1001119928690092 7744623897841938540 n

Celik IT - Ahli yang Aktif

 Nama :Shahidan Danish bin Shamsuddin

 Umur : 15 Tahun

 Ahli : 17 September 2023

Latar Belakang

Merupakan anak bongsu daripada 3 beradik. Kini berusia 15 tahun dan bersekolah di tingkatan 3 di Sek Men Beris Panchor 2. Hobi di masa lapang ialah bermain badminton dan bola sepak.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Banyak menghabiskan masa dengan kawan-kawan dan juga menonton televisyen.

.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Banyak didedahkan dengan perkakasan komputer, manfaat mempelajari ict dan juga banyak menyertai kelas anjuran pedi di masa lapang terutama sekali di masa cuti sekolah.

Celik IT - Belia Celik ICT

 Nama : Nur Alieya Izlin Binti Mohd Asri

 Umur : 18 Tahun

 Ahli : 2022

Latar Belakang

Beliau merupakan anak pertama daripada 3 orang adik beradik. Beliau baru sahaja mendapat keputusan SPM. Alhamdulillah keputusan beliau melayakkan beliau untuk membuat permohonan ke IPTA. Sekarang beliau sibuk membuat pilihan antara jurusan yang diminati dan juga IPTA mana yang menjadi pilihan hati beliau. Beliau juga sedang berrjinak-jinak dengan perniagaan online di shopee.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum ini, beliau hanya datang untuk menggunakan internet untuk membuat latihan sekolah yang diberikan oleh Cikgu beliau.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau juga selalu mencetak pelbagai dokumen urusan sekolah. Setelah beliau jadi ahli beliau sangat aktif untuk menggunakan PC serta belajar lebih tentang asas komputer. Beliau juga berazam dan  berusaha untuk menjadi salah seorang usahawan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi Wakaf Aik) pada masa depan.

Celik IT - Belia Celik ICT

 Nama : Nur Amaline Najihah Bt Shamsunezam

 Umur : 16 Tahun

 Ahli : 2023

Latar Belakang

Beliau seorang pelajar Tingkatan 4 di Maahad Muhammadi Perempuan di Kota Bharu. Beliau merupakan salah seorang  ahli atau peserta yang aktif hadir ke Kelas atau Latihan atau Program di Pusat Ekonomi Digital Wakaf Aik.  Beliau anak Pertama dari Tiga adik beradik , Beliau seorang disenangi oleh  rakan-rakan ,senang ditegur dan suka menolong kawan-kawan apabila dalam kesusahan. Beliau juga seorang yang mudah berdikari, berani dan suka menolong.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum ini, beliau hanya datang menemani rakan  untuk fotostat dokumen,  ibubapanya dan  juga memberi ruang pada beliau  bersama kawan-kawan beliau untuk belajar di pusat internet mengenai IT dan kelas harian yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital Wakaf Aik. beliau selesa dengan layan pihak Pusat Ekonomi Digital Wakaf Aik.Beliau mula mengisi borang ahli Pusat Ekonomi Digital Wakaf Aik.

.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Setelah beliau menjadi ahli beliau menghadiri Kelas atau Latihan untuk belajar mengenai ilmu IT,beliau belajar cara menaip dengan baik.,cara mencari maklumat dengan bijak. Keadaan Pengurusan Pusat Ekonomi Digital Wakaf Aik yang selesa  dan membuatkan beliau berasa tenang bila berada di Pusat Ekonomi Digital Wakaf Aik.

Celik IT - Belia Celik ICT

 Nama : Che Azrul Hazim Bin Che Abdul Ghani

 Umur : 16 Tahun

 Ahli : 2013

Latar Belakang

Beliau merupakan anak bongsu dari 10 orang adik-beradik dan beliau merupakan seorang pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Sekolah Menengah Ugama Arab Muhammadiah Beris panchor, Bachok, Kelantan. Beliau telah menjadi ahli pada 18 Jun 2013 iaitu 2 bulan selepas Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi Wakaf Aik)atau sebelum ini dikenali sebagai Pusat Internet 1Malaysia Wakaf Aik dirasmikan. Beliau kerap menyertai kelas ICT yang dijadualkan dan sentiasa hadir. Dulunya beliau juga merupakan salah seorang Skuad PI1M dan juga aktif bekerjasama dengan staff Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi Wakaf Aik) jika ada program dijalankan sebelum ini.Beliau berminat untuk belajar ICT memandangkan beliau datang dari keluarga yang susah, jadi beliau mengambil inisiatif untuk menggunakan peluang percuma untuk menyertai sebarang kelas ICT yang dianjurkan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi Wakaf Aik).

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum ini, beliau hanya datang untuk menggunakan internet untuk membuat latihan sekolah yang diberikan oleh Cikgu beliau.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau juga selalu mencetak pelbagai dokumen urusan sekolah. Setelah beliau jadi ahli beliau sangat aktif untuk menggunakan PC serta belajar lebih tentang asas komputer. Beliau juga berazam dan  berusaha untuk menjadi salah seorang usahawan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi Wakaf Aik) pada masa depan.