Kampung wakaf aik merupakan sebuah penempatan yang sinonim dengan gelaran sebagai penempatan keluarga nelayan. Kampung Wakaf aik merupakan sebahagian daripada daerah jajahan Bachok dan kedudukan kampong wakaf aik adalah berhampiran dengan pantai-pantai di sekitar jajahan bachok seperti Pantai Senak, Pantai Kemayang, dan sebagainya. Purata penduduk di sekitar kampong wakaf aik sejumlah 500 orang. sebahagian besar pekerjaan penduduk sekitar adalah sebagai peniaga kedai makan dan nelayan.

Sejarah nama Kampung Wakaf Aik bermula apabila seorang tukang kayu yang berbangsa cina yang merupakan penduduk di Kampung Wakaf Aik telah mendirikan Wakaf untuk kegunaan penduduk sekitar Kampung Wakaf Aik berniaga. Nama Kampung Wakaf Aik di ambil semperna nama tukang kayu tersebut yang menggelarkan dirinya sebagai “Aik”