Pengkalan Datu Floating Market atau Pasar Terapung Pengkalan Datu adalah Pasar terapung kedua yang ada di negeri Cik Siti Wan Kembang ia terletak di Pengkalan Datu, Sering, Pengkalan Chepa yang juga dikenali sebagai 'Pasar Tani Pelancongan.Ia mula dibuka kepada orang ramai pada 9 September 2017.Juga beroperasi hanya pada setiap hari Sabtu bermula pukul 8 pagi hingga 2 petang.Selain makanan dan barangan, rata-rata pengunjung ke sini adalah bagi mendapatkan pelbagai jenis hidupan laut segar yang baru ditangkap nelayan.
Pasar terapung yang hanya 7 kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa dan 10 kilometer dari Kota Bharu ini juga bakal dimeriahkan lagi dengan pembinaan chalet-chalet dan penternakan ikan dalam sangkar.Pengkalan Datu juga menyediakan perkhidmatan menaiki Perahu Kolek,Untuk naik Perahu Kolek tambang dikenakan bagi dewasa ialah RM 5.00 dan manakala kanak-kanak dikenakan RM 3.00,pelanggan akan dibawa untuk mengelilingi sungai Pengkalan Datu.
Pantai Kemayang
Pantai Kemayang terletak didalam mukim Kemasin,daerah Tawang merupakan satu kawasan yang sering dikunjungi ramai. Terletak 5 km dari bandar Bachok, ianya dihubungkan oleh rangkaian jalan raya yang baik.Jaraknya hanya 14KM dari bandar Kota Bharu, disana anda dapat melihat bot-bot nelayan keluar & masuk untuk mendaratkan hasil tangkapan ikan. Disini juga terdapat perusahaan ikan kering secara kecil-kecilan yang diusahakan oleh penduduk tempatan di perkampungan nelayan di Pantai Kemayang.
Mempunyai infrastruktur yang agak baik seperti tandas awam, surau & juga gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan seperti makanan barasaskan makanan laut dan juga masakan panas. Sering dikunjungi oleh pelbagai golongan khususnya yang telah berkeluarga. Menghadap Laut China Selatan memberikan satu pemandangan yang amat menarik. Di sini terdapat juga sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Belongan. Ia dikenali dengan nama pulau kerana kedudukan geografinya yang dikelilingi oleh sungai jika dilihat dari udara.
Kami sangat gemar berkunjung ke sana kerana faktor jarak dari rumah yang mana hanya mengambil masa 15 minit melalui Jambatan Pak Nik Lah & Kampung Sering. Suasana yang tenang berserta tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa amat mendamaikan jiwa & hati. Menu wajib jika berkunjung ke sana adalah air kelapa, kerepok lekor & magie goreng/sup. Memang best menjamu selera sambil menikmati pemandangan yang mendamaikan mata kan? Sapa-sapa yang belum pernah sampai kesana, saya rekemenkan Pantai Kemayang ini untuk aktiviti santai bersama family.
Wat Phothikyan Phutthhaktham juga dikenali sebagai Kuil Naga yang amat popular dikalangan penganut agama Buddha di Malaysia. Kuil ini terletak dikampong Balai Daerah Kemasin, Bachok, Kelantan. Kuil ini juga popular di seluruh dunia terutama di Eropah, Australia dan Asia Pasifik. Apabila anda sampai dipintu kuil ini anda akan kagum melihat ukiran yang penuh keunikan. Dimana sepasang Naga yang cantik menyambut kedatangan anda.
Dibina dengan belanja RM2 juta, sebahagian besar sumbangan orang ramai, ia merupakan ketiga di Kelantan.
Dua lagi terdapat di Tumpat, iaitu patung "Sitting Buddha" setinggi 30 meter di Kampung Jubakar, dan "Sleeping Buddha", 10.6 meter tinggi dan panjang 40.9m, di Kampung Jambu atau Kampung Berok.
Patung terbaru itu dijangka siap sepenuhnya pada 2009, kata Ketua Sami, Pharphochai Acharn Pho Chai.
Ia mula dibina pada 2002 oleh lima pekerja mahir penduduk tempatan dengan dipantau oleh seorang jurutera membabitkan pembinaan tapak seluas 30 meter garis pusat dan menara tokong setinggi 36m.
Arca asal dibawa dari Taiwan dengan ilham beliau sendiri untuk membentuk sekuntum bunga teratai 108 kelopak.
Acharn Pho percaya melalui seni bina yang unik itu, Kampung Balai akan menjadi tarikan utama kepada pelancong kerana ia juga mempunyai kira-kira 100 buah patung pelbagai jenis.
kawasan tokong itu dipagari oleh dua patung naga besar sepanjang 181.6 m setiap satu. Tiap seekor bernilai RM150,000 yang disumbangkan oleh bekas sami sebelumnya Archan Phrak Ajchan Porchai pada 1992.
Pantai Pengkalan Petah
Pantai Pengkalan Petah terletak didalam Mukim Kemasin,Daerah Tawang merupakan satu kawasan yang sering dikunjungi ramai. Terletak 4 km dari Bandar Bachok, ianya dihubungkan oleh rangkaian jalan raya yang baik.Jaraknya Hanya 15KM Dari Bandar Kota Bharu,Disana Anda Dapat Melihat Bot-Bot Nelayan Keluar Dan Masuk Untuk Mendaratkan Hasil Tangkapan Ikan. Disini Juga Terdapat Perusahaan Ikan Kering Secara Kecil-Kecilan Yang Diusahakan Oleh Penduduk Tempatan Diperkampongan Nelayan Dipantai Pantai Pengkalan Petah.
Pantai Pengkalan Petah merupakan sebuah jeti pendaratan ikan yang utama bagi Daerah Bachok. Terletak didalam Daerah Perupok dan bersebelahan dengan Pantai Kemayang. Pantai ini telah dibenteng bagi mengatasi masalah hakisan yang giat melanda pesisiran Pantai Bachok. Pantai ini sering dikunjungi bagi mendapatkan bekalan hasil laut yang segar dan murah. Suasana kehidupan masyarkat nelayan dapat dilihat disepanjang Jeti pendaratan ikan. Terdapat gerai – gerai yang menjual makanan dan minuman kepada pengunjung yang berkunjung ke Pantai Pengkalan Petah.
Pantai Irama
Pantai Irama terletak di Bachok,Kelantan menghadap Laut China Selatan. Pantai Irama terkenal sebagai pusat pelancongan di kawasan pantai yang utama di negeri Kelantan.
Pantai Irama terletak di pinggir Bandar Bachok., kira-kira 20 km dari Kota Bharu melalui jalan tempatan Kota Bharu-Tawang-Bachok yang mengambil masa kira-kira 30 minit. jalan masuk ke pantai irama boleh diakses sehingga di tepi pantai.
Kemudaha awam
Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada pengunjung di Pantai Irama adalah seperti berikut:
- Gerai makanan - ikan/udang/sotong celup tepung, keropok lekor, ABC,Air Kelapa Muda.
- Taman permainan kanak-kanak
- Tandas awam
- Tempat Mandi dan Menyalin Pakaian
- Kemudahan pengangkutan awam
- Surau
- Pasar malam (petang Jumaat malam Sabtu) dan pasar tani (Pagi Sabtu)
- Dataran Perahu (tempat berkumpul)
- Sukan dan Permainan
Jenis permainan pantai di Pantai Irama
- Banana Boat
- ATV
- Kereta Kuda
- Basikal
Halaman 1 dari 2