Perusahan keropok merupakan industri kampung yang paling terkenal di Bachok. Oleh kerana daerah Bachok terletak di kawasan persisiran Pantai, jadi perusahan keropok ini amat mudah untuk dijalankan. Kegiatan ekonomi penduduk di daerah Bachok lebih kepada perusahan kecil seperti membuat keropok samada kerepok lekor dan keropok keping dan menjual di kedai-kedai sekitar Bachok. Keropok-keropok yang dihasilkan oleh penduduk kampung mempunyai permintaan yang tinggi oleh Negeri-negeri lain. Ianya juga telah dijual disekitar Malaysia dan menjadikan kesukaan orang ramai. Malah pelancong luar negera pun sudah mula suka makan kerepok di negara Kita.
KEROPOK LEKOR
Keropok lekor adalah makanan ringan yang popular , turun temurun penduduk di Terengganu dan sebahagian dari negeri – negeri di Pantai Timur seperti Kelantan dan Pahang. Asas bahan keropok lekor adalah ikan yang semua kita tahu mempunyai banyak kelebihan kandungan zat besi dan proten. kata Pakar permakanan ikan membolehkan membantu untuk perkembangan otak manusia.
.
Berikut adalah resepi " turun temurun " yang kami ikuti sejak berpuloh tahun. Anda boleh cuba resepi ini dalam sukatan kecil untuk makanan ringan dirumah semasa santai dan majlis kecil kecilan.
Jika anda rasa kurang enak, tambah la bahan-bahan lain yang difikirkan sesuai. Buat keropok lekor dengan air tangan sendiri lagi sedap daripada beli yang dijual di warong, kantin, pasar malam dan sebagainya.
Bahan - Bahan
1 kilo isi ikan kembung / selayang/tambang. Ambil isi shj dan buang kulit nipis & tulangnya.
2. 1 kilo Tepung Ubi / Sagu
2 sudu makan tepung gandum Sedikit garam & bahan perasa (jika menggunakan)
Peralatan Lain:
1. Papan Pencanai
2. Food processor atau
3. Blender
4. Periuk yang sesuai besar
Cara Memproses keropok Lekor.
1. Kisar isi ikan sampai halus menggunakan food processor. Jika guna blender, tambah sesudu dua air utk mudahkan proses mengisar.
2. Gaulkan semua bahan kering -tepung dgn garam, masukkan dalam mangkuk isi ikan yant telah disar tadi dan uli sampai jadi doh. Doh memang lembut (sangat lembut), inilah yg akan menghasilkan keropok yg lembut juga & sedap -lebih isi ikan, kurang tepung.
3. Didihkan air dalam periuk untuk merebus.
4. Taburkan sedikit tepung pada tangan dan papan pencanai. Kepal sedikit doh ikan dan bentukkan memanjang. Golekkan atas papan pencanai sehingga dpt bentuk keropok yg panjang. .
5. Rebus keropok yg sudah dibentuk tadi sehingga masak ( keropok akaj timbul di permukaan air rebusan jika ianya dah masak ). Angkat, tos airnya dan boleh dihidang dengan sos pencicah.
.
*keropok lekor yg sudah direbus boleh disimpan beku. Jika tak gemar keropok lekor rebus, boleh digoreng seperti kebiasaannya
KEPOPOK KEPING
Keropok keping adalah hasil proses dari keropok lekor yang telah direbus dan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping.
Keropok keping tahan berbulan-bulan sekiranya disimpan dengan betul. Keropok keping perlu disimpan di tempat yang kering dan mempunyai edaran udara yang baik. Ia juga perlu diletakkan jauh daripada bahan yang berbau kuat bagi mengelakkan bau tersebut diserap oleh keropok itu.
Bagaimanapun, keadaan ini mungkin boleh dimajukan di masa hadapan bagi menghasilkan keropok berperisai oren atau strawberi dengan menyimpan keropok kering tersebut dengan buah-buahan bagi membenarkan keropok kering tersebut menyerap haruman buah-buahan tersebut.
Cara masakan:
Keropok keping tidak boleh dimakan dengan begitu sahaja kerana ia adalah keras dan liat, sebaliknya keropok kering ini perlu digoreng dengan minyak sebelum dimakan.
Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili. Apabila menggoreng keropok keping, minyak perlu dipanaskan terlebih dahulu bagi mengelakkan keadaan yang dikenali sebagai kembang minyak. Ini adalah apabila minyak meresap kedalam keropok sebelum ia sempat kembang dengan baik.
Keropok keping juga digunakan dalam masakan sebagai bahan tambahan seperti dalam masakan mee rebus dan yang seumpamanya. Kandungan ikan yang tinggi dalam keropok keping menjadikan ia seumpama bebola ikan tetapi lebih tahan lama tanpa memerlukan sebarang bahan pengawet.
Pada masa kini, perkembangan dalam teknologi makanan telah menghasilkan keropok keping segera yang boleh dimakan begitu sahaja. Selain dari keropok keping segera yang biasa, terdapat juga keropok keping berperisa pedas yang telah disira (dicampurkan) dengan sos lada (sos cili) untuk mereka yang gemarkan pedas.