Wakaf 8 FC diterajui oleh Pengurus atau Ketua Jurulatih Norhasrizal Bin Che Derus Penolong Jurulatih Samsudin Bin Sulaiman, Wakaf 8 FC atau lebih di kenali sebagai Akademik Bolasepak Sri Sador di tubuhkan pada tahun 2012.Pemain terdiri dari komuniti sekitar Bachok.

  • Pencapaian Wakaf 8 FC yang telah dicapai:-
  • -Johan U22 Piala Pengarah IKTBN kelantan
  • -Tempak ke-3 bersama U19 Piala Glow Glowing sempena Bulan Sukan Negara.
  • -Johan : Kejohanan Futsal terbuka Piala Tan Sri Rashid.
  • -Tempat ke-3 bersama Liga bolasepak Rakyat 2016
  • -Tempat ke-3 bersama Kejohanan Belia peringkat kebangsaan tahun 2013
  • -Juara U10 Kejohanan Bolasepak Futsal padang Piala ZSI Maju 2019.
  • -Tempat ke-3 bersama kejohanan bolasepak terbuka 7 sebelah Piala Datok Hj Mazlan bawah 12 tahun
  • -Johan Shield Karnival Yakult Bawah 12 tahun 2019
  • -Tempat ke-5 Piala NFFA Terengganu Bawah 12 Tahun.
  • -Naib Johan Karnival Bolasepak Bawah 12 Tahun Dun Tawang.

 

SADOR FC WAKAF 8 FC 88248446 802506423579280 5404552249877725184 o 88986528 1066257200408902 8358119569058955264 n 88104705 803150313514891 778762619707195392 n 120000080 339619697356381 5669001532373625907 n 120114825 339619670689717 142106868292628895 n 120134051 339619717356379 1500941115874999464 n

Bola Sepak ialah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia,yang dimainkan oleh dua pasukan yang mana setiap pasukan terdiri daripada 11 orang permain.Sebelum abad ke-21,sukan ini telah dimainkan oleh lebih daripada 250 juta orang di 200 negara,yang menjadikannya sebagai sukan paling terkenal di dunia.

Di Kampung Wakaf Aik sukan bola sepak paling digemari oleh belia di sini.Ini kerana,sukan bola sepak merupakan salah satu cara untuk menjaga tubuh badan dalam keadaan baik. Selain itu, dapat memupuk semangat berkerjasama dan kesetiaan di antara para permain.

Gambar dibawah menunjukkan sebahagian belia kampung wakaf aik yang giat bermain bola sepak pada waktu lapang.

 

 

      SEBUT sahaja tentang Motorcross, pasti ramai sedia maklum tentang sukan ini dan bagaimana ia dimainkan. Sukan yang sudah wujud berpuluh tahun lamanya ini semakin digilai masyarakat tempatan dan antarabangsa. Tidak terkecuali belia di Kampung Wakaf Aik yang berani menceburi sukan bermotor ini . Sukan bermotor ini dimainkan di litar yang kursus yang bersesuaian dengan reka bentuk motor dan fungsinya.Sukan yang mencabar ini memerlukan kemahiran pengawalan motor yang baik bagi mengelakan kemalangan atau terjatuh semasa melakukan aksi – aksi semasa masa menunggang motor ini. Penganjuran Kejohanan sukan sebegini da­pat menggalakkan aktiviti su­kan pemotoran yang sihat di kalangan anak muda di Kampung Wakaf Aik dan kampung – kampung sekitar  serta  kepada peminat sukan motocross ini.

Sejarah Motorcross

            Motorcross pertama kali muncul pada ujiciba kompetisi pada "Auto-Cycle Clubs" pada tahun 1906 dan "Scottish Six Days Trial" pada tahun 1909.  Awalnya Motorcross hanya memakai suspensi yang keras ditahun 1930 kemudian seiring usia di tahun 1950an mulai memakai  suspensi belakang yang berayun, dalam beberapa tahun pada sebagian besar crosser hanya memiliki Motor Produksi lokal tetapi setelah Perang Dunia II mulai didominasi oleh BSA yang telah menjadi perusahaan sepeda motor terbesar di dunia, mulai saat itulah pengendara BSA mulai mendominasi kompetisi internasional sepanjang tahun 1940an. Pada tahun 1952, FIM salah satu badan internasional sepeda motor, membuat Kejuaraan Motorcross di Eropa Kelas 500 cc.

            Pada akhir 1960-an, perusahaan sepeda motor Jepang mulai menantang pabrik-pabrik Eropa untuk supremasi di dunia motorcross. Suzuki memenangkan kejuaraan dunia pertamanya untuk 250 cc dengan pengendaranya yang bernama Joel Robert. Acara Motocross yang dilaksanakan di dalam sebuah Stadion diadakan pertama kali pada tahun 1972 di Loss Angeles Collieum. 

            Jenis mesin yang digunakan dalam motocross adalah mesin khusus atau biasa disebut SE (Special Engine). Disebut khusus karena memang mesin ini disetting sedemikian rupa untuk kompetisi motocross. Sebut aja setting akselarasi yang ganas untuk meloncati dan melalui gundukan tanah atau lumpur.

            Selain setting khusus, mesin dalam motocross juga dibagi dalam beberapa cc, sesuai kompetisi yang diadakan. Mesin juga dibagi atas 2-tak dan 4-tak. Untuk mesin 4-tak, rata-rata memakai silinder tunggal, dilengkapi liquid cooled dan berkisar di 449cc.

SUKAN BERKUDA

Berkuda bukan sekadar menyihatkan mental dan fizikal, malah dapat mendisiplinkan diri dalam kehidupan seharian kerana bukan mudah mendekatkan diri dengan seekor haiwan yang sifat semula jadinya kasar, liar dan kuat.

Ia juga membantu melatih individu tersebut mengimbang diri, selain dapat meregangkan otot yang tegang, di samping memperbaiki kebolehan otot seluruh badan untuk bergerak,

amalan menunggang kuda dapat mempertingkatkan kecekapan otak kiri bagi menjadikan seseorang itu lebih peka dan tangkas dengan persekitaran.

Bahkan mengikut sejarah, menunggang kuda mula dijadikan kaedah rawatan sejak 1875 bagi pesakit yang mengalami pelbagai masalah kesihatan, termasuk gangguan neurologi, sakit sendi, hilang keupayaan bergerak dan mengimbangi diri.

Di Kampung Wakaf Aik sukan berkuda ini amat diminati oleh warga kampung ini tidak kira golongan lelaki mahupun wanita kesemua peringkat umur meminati sukan ini, terutama golongan Belia, banyak manafaat apabila menceburi suka kerkuda ini antaranya adalah Menunggang Kuda Boleh Membakar Kalori Dengan Cepat Jika anda perasan, biasanya biasanya kita tengok penunggang-penunggang kuda adalah berbadan ideal dan kurus. Jarang kita tengok yang menunggang kuda adalah obesiti kan.  Ini kerana sukan berkuda boleh membakar kalori dalam badan dengan cepat walaupun hanya menapak. Bayangkan kalau memang laju semasa menunggang kuda bertambah tinggi kalori yang dibakarnya

Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.

Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik  pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

 Di kampung Wakaf Aik sering kali diadakan penganjuran perlumbaan sukan berkuda ini. Pelbagai kategeri yang di tandingi Antaranya Kuda Padi A, B, dan C. Kuda Siam A (KKA) dan Kuda Siam B (KKB) dan Bimo banyak hadiah yang disediakan, dengan adanya penganjuran sukan berkuda ini dapat mengeratkan sirratulrahim Antara penduduk Kkampung Wakaf Aik dan penduduk sekitar dengan adanya sukan berkuda ini dapat mengelakan golongan belia disinie terjebak dengan aktiviti yang tidak bermoral.

Belia merupakan aset dan harapan kepada negara. Negara memerlukan belia yang mempunyai ilmu pengetahuan, berketrampilan, berkemahiran dan berdaya saing dalam memacu nadi pembangunan negara. Belia juga mencorakkan imej dan identiti ke arah kemajuan dan perpaduan sesebuah kampung. Golongan belia terdiri daripada golongan muda sama ada lelaki atau perempuan, berumur dari 15 hingga 40 tahun. Golongan inilah yang merupakan penggerak dalam bidang politik, sosioekonomi, pendidikan, agama dan kebudayaan.

Biasanya terlibat aktif dalam sukan seperti bola sepak, badminton, permainan gasing, wau dan sebagainya. Mereka juga sentiasa memberikan komitmen dalam menjayakan aktiviti atau program komuniti yang dijalankan di kg. Wakaf Aik seperti gotong-royong, sukaneka dan pelbagai lagi. Selain itu, terdapat belia yang menceburi bidang keusahawanan seperti membuka Cyber Cafe, Car Wash, kedai makan, bengkel kereta, dan lain-lain. Malah terdapat juga belia wanita yang membuka kelas masakan bagi memenuhi masa lapang belia wanita yang lain. Selain itu, kelas jahitan, perniagaan cake dan cup cake, kuih-muih tradisional dan kerepek, salun kecantikan dan sebagainya. Manakala bagi belia lelaki mereka mengisi masa lapang dengan bermain futsal, sepak takraw, badminton, bola sepak, menunggang kuda, wau,  dan lain-lain lagi di kawasan rekreasi yang disediakan di Kg. Wakaf Aik.