Keusahawanan membantu memperbaiki kehidupan berjuta-juta manusia melalui produk dan perkhidmatan baru yang diperkenalkan kepada pasaran. Keusahawanan adalah individu yang bukan sahaja mencipta kekayaan tetapi turut sama mendorong pembahagian kekayaan. Ia juga melibatkan perubahan kepada struktur perniagaan dan masyarakat. Perubahan ini disertai oleh pertumbuhan dan peningkatan pengeluaran.
Sebagai sebuah perkampungan tradisional, Kampung Wakaf Aik terkenal dengan kepelbagaian budaya yang mencerminkan kehidupan masyarakat setempat yang rata-ratanya berketurunan melayu Kepelbagaian budaya ini telah memberikan idea kepada penduduk tempatan untuk menjadikannya sebagai salah satu punca pendapatan. Deretan kedai yang menghiasi sepanjang laluan di Kampung Wakaf aik jelas menggambarkan kerancakkan dalam bidang ekonomi yang diusahakan oleh penduduk di sekitarnya. Antara bentuk perusahaan yang terdapat di Kampung Wakaf Aik termasuklah perusahaan makanan tradisional, perusahaan kek, roti dan biskut, seni ukuran dan pertukangan, kraf tangan dan dekorasi, pakaian dan sebagainya.
SANTAN KELAPAatau 'Coconut Milk' merupakan satu produk dari biji kelapa(Cocos nucifera)yang banyak kegunaannya. Santan Kelapa dihasilkan dari perahan isi kelapa iaitu cecair yang berwarna putih serta mengandungi banyak zat makanan. Pada zaman dahulu, secara tradisional isi kelapa akan diparut dengan menggunakan alatan 'Parut' atau 'Kukur' kemudian dicampur dengan air sebelum diperah bagi menghasilkan santan. Pada masa kini santan kelapa dapat diperah terus secara cekap menggunakan Alatan Mesin Pemerah Santan Kelapa. Terdapat beberapa varieti kelapa yang mengandungi santan yang banyak dan ada juga varieti kelapa yang kurang kandungan santannya. Umur pokok juga memainkan peranan penting mengenai kualiti santan dimana pokok muda kualiti santanya rendah (cair) berbanding dengan pokok tua. Lazimnya biji kelapa dari pokok yang tua memberikan kualiti santan lebih baik kerana ianya lebih pekat.
Santan Kelapa banyak mengandungi zat permakanan seperti Vitamin, Lemak, Asid Laurik serta banyak kandungan mineral (Kalsiam dan Ferum). Setiap 15 gram santan mengandungi sebanyak 35 kilokalori tenaga, Lemak (3.6 g atau 6% dimana 3.2 gram adalah Lemak Tepu dan sebanyak 0.2 gram adalah Lemak Tidak Tepu), Protin (0.3 gram), Gula (0.2 gram), Serat (0.2 gram) dan Karbohiderat (0.8 gram) serta Vitamin A dan Vitamin C. Kandungan zat dalam permakanan ini banyak bergantung kepada varieti kelapa dan umur pokok kelapa. Kandungan air dalam santan kelapa adalah komponen paling tinggi.
Santan Segar yang dijual di Pasar Basah dan Pasar Tani lazimnya berharga RM 3.00 setiap 500 gram atau RM 6.00 - RM8.00 sekilogram. Santan banyak digunakan dalam penyediaan makanan seperti untuk masakan Nasi Lemak, Masak lemak, Kuih, Cendol , Lodeh, Masakan Kari dan banyak lagi. Boleh dikatakan peranan santan dalam penyediaan makanan oleh masyarakat kita amat signifikan. Penanaman kelapa di Malaysia diteruskan dengan memperkenalkan jenis kelapa baru seperti Kelapa MATAG yang mampu menghasilkan banyak buah kelapa.
Jika isi kelapa di jadikan santan di jual untuk menambah pendapatan pengusaha – pengusaha kelapa kampung Wakaf Aik, kulit atau sabuk kelapa juga boleh dijual untuk di olah menjadikan pelbagai produk atau keguaan
Kebanyakan pengusaha – pengusaha kelapa kampung Wakaf Aik memiliki kebun kelapa sendiri, banyak hasil yang diperolehi dari perusahaan kelapa ini, contohnya kelapa muda. Mendapat permintaan yang amat tinggi dari pemilik Restaurant dan kedai – kedai makan yang menyediakan hidangan Air kelapa muda. Kini bukan saja untuk di minum air nya, tetapi di jadikan ais krim kelapa muda yang menjadi tarikan baru kepada pengunjung untuk merasai ais krim kelapa muda ini.