Usahawan Online (Stokis Susu Kambing Kurma Madu dan Banana Milk)

Nur Syafiqah Bt Abllah

 Umur : 15 Tahun

 Ahli :2 Januari 2019

Latar Belakang

Beliau seorang pelajar Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor 2, Bachok. Beliau merupakan anak bongsu dari 6 adik-beradik. Beliau sangat berminat dalam bidang perniaagaan walhal beliau amat menggemari subjek matematik. Beliau mula menceburi bidang perniagaan ini pada pertengahan bulan Jun tahun 2020 iaitu semasa dunia darurat dengan keadan PKP(Perintah Kawalan Pergerakan) kerana Covid-19. Beliau mengambil peluang ini semasa cuti sekolah dengan menjadi stokis produk Susu Kambing Kurma Madu dan Banana Milk.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan asas komputer malah masih belum tahu cara menggunakan pc atau komputer dengan betul. Beliau merupakan seorang pelajar yang peramah dan ringan tulang di kalangan rakan-rakan.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau merupakan salah seorang skuad Pusat Internet Wakaf Aik pada tahun lepas. Beliau dan kawan-kawan  mula masuk kelas dan program yang diadakan di Pusat Internet Wakaf Aik samada program kecil mahupun besar. Beliau perlahan-lahan mahir dalam asas komputer dan memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan yang lain pula

GMBAR