Hanaz Collection

 Nama :Siti Hazuana Binti Mohd Yusoff

 Umur : 24 Tahun

 Ahli : 2016

Latar Belakang

Beliau merupakan anak ke-lapan dari 12 adik-beradik. Beliau telah menjadi ahli semenjak 13 November 2016 lagi. Beliau seorang yang aktif datang ke Pusat Internet Komunti Wakaf Aik untuk siapkan tugasan dan perniagaan beliau terutamanya promosi di Facebook dan shopee.Beliau mula berjinak dalam bidang perniagaan dalam bulan Julai 2019 tahun lepas dan masih aktif berniaga sementara belum bekerja tetap.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu cara untuk menggunakan aplikasi tertentu untuk dekorasi poster atau promosi produk yang dijual. Beliau kurang mahir dalam asas komputer dan  bidang edit.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau dan kawan-kawan  mula masuk kelas dan program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komunti  Wakaf Aik. Beliau mula belajar asas Shopee dan edit yang betul dan sempurna. Kini beliau juga sudah agak mahir dalam asas komputer.

hanaz