Usahawan Jahitan offline dan online

 Nama : Siti Nazirah Binti Ismail

 Umur : 27 Tahun

 Ahli : 2017

Latar Belakang

Beliau mula mendaftar 25 Febuari 2017 dan mula berjinak menggunakan komputer yang disediakan. Beliau seorang lepasan Sijil Kemahiran Jahitan dan cita-citanya nak menjadi tukang jahit pelbagai jenis pakaian.Beliau lebih mahir kepada pakaian muslimah perempuan. Beliau juga bergiat aktif dalam shopee menjual produk lain jua.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau seorang yang agak pemalu sebelum ini, bila nak menggunakan komputer selalu akan meminta pertolongan staff untuk membuat sesuatu kerja beliau. Beliau kurang kemahiran asas komputer dan masih tidak biasa bila datang ke Pusat Internet Komuniti Wakaf Aik.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Tetapi sekarang tidak lagi malu seperti sebelum ini. Beliau menggunakan komputer dan bertanya jika perlu sahaja. Malah beliau juga merupakan salah seorang usahawan yang terlibat dalam Pertandingan Usahawan Pusat Internet 2021.

NAZIRAH