Celik IT - Belia Celik ICT

 Nama : Che Azrul Hazim Bin Che Abdul Ghani

 Umur : 16 Tahun

 Ahli : 2013

Latar Belakang

Beliau merupakan anak bongsu dari 10 orang adik-beradik dan beliau merupakan seorang pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Sekolah Menengah Ugama Arab Muhammadiah Beris panchor, Bachok, Kelantan. Beliau telah menjadi ahli pada 18 Jun 2013 iaitu 2 bulan selepas Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi Wakaf Aik)atau sebelum ini dikenali sebagai Pusat Internet 1Malaysia Wakaf Aik dirasmikan. Beliau kerap menyertai kelas ICT yang dijadualkan dan sentiasa hadir. Dulunya beliau juga merupakan salah seorang Skuad PI1M dan juga aktif bekerjasama dengan staff Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi Wakaf Aik) jika ada program dijalankan sebelum ini.Beliau berminat untuk belajar ICT memandangkan beliau datang dari keluarga yang susah, jadi beliau mengambil inisiatif untuk menggunakan peluang percuma untuk menyertai sebarang kelas ICT yang dianjurkan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi Wakaf Aik).

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum ini, beliau hanya datang untuk menggunakan internet untuk membuat latihan sekolah yang diberikan oleh Cikgu beliau.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau juga selalu mencetak pelbagai dokumen urusan sekolah. Setelah beliau jadi ahli beliau sangat aktif untuk menggunakan PC serta belajar lebih tentang asas komputer. Beliau juga berazam dan  berusaha untuk menjadi salah seorang usahawan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi Wakaf Aik) pada masa depan.