Usahawan (Air Balang Cik Naa & Popia)

 Nama :Nur Amalina Bt Mohamad

 Umur : 25 Tahun

 Ahli : 2023

Latar Belakang

Pn. Amalina merupakan seorang suri rumah sebelum memulakan perniagaan kecil-kecilan pada oktober 2023. Produk jualan beliau yang pertama ialah air balang. Bermula dengan 3 jenis perisa air balang dan kini sudah dapat menambah 2 jenis perisa air balang yang berlainan setiap hari serta beliau juga telah menambah produk jualan popia panas (carbonara & sayur).

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau berniaga di Pasar Wakaf Aik dan juga di jalan utama ke Pantai Senok hampir setiap hari.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau lebih cekap mempromosikan produk jualannya di media sosial seperti whatsapp, facebook dan tik tok. Kini, jualan beliau semakin laris dan maju. Beliau juga turut aktif berniaga di kawasan program terutama program anjuran NADI seperti Program Jiwa Madani Peringkat Parlimen Bachok di NADI Wakaf Aik.

 448107636 1001119928690092 7744623897841938540 n