BERJAYA DALAM "EDITING"

 Nama : Mohd Fakhruddin Bin Ley

 Umur : 13 Tahun

 Ahli : 2013

 

Latar Belakang

Beliau merupakan pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor 2. Beliau merupakan seorang pelajar yang mudah menerima apa yang diajar. Yang istimewanya beliau seorang yang berkeyakinan tinggi dalam apa jua yang dilakukan.Beliau sangat berminat dalam bidang mengolah gambar-gambar agar menjadi satu gambar yang menarik untuk dilihat.Beliau juga merupakan salah seorang Skuad Pusat Internet Kg. Wakaf Aik.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan kebanyakan software di dalam komputer. Malah tidak tahu untuk menaip dan masih merangkak untuk menaip secara cepat. Beliau amat gemar dalam melukis dan cuba untuk belajar editing gambar secara online.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Hampir setiap hari beliau berkunjung ke Pusat Internet Kg. Wakaf Aik untuk menggunakan computer dan internet secara percuma. Beliau selalu menghadirkan diri kelas yang berkaitan dengan ‘editing’.Beliau suka mengolah gambar dari yang kosong hingga gambar itu menarik perhatian kawan-kawan.Selain itu, beliau juga telah mencipta akaun email dan facebook melaui kelas-kelas yang dihadiri. Beliau jadi lebih yakin untuk mengedit sesuatu gambar.