PERSONALITI KREATIF

 Nama : Mohammad Alif Syahmin Bin Abdullah

 Umur : 10 Tahun

 Ahli : 04 Jun 2017

 

Latar Belakang

Beliau merupakan pelajar darjah 4 di Sekolah Kebangsaan Pantai Senak. Beliau merupakan seorang yang pemalu dari dulu sampai sekarang, malah beliau dikenali sebagai kawan yang agak peramah dan lemah lembut.Rumah beliau hanya selang 1 buah kedai makan di Kg. Wakaf Aik.Beliau menjadi pengguna paling kerap datang ke Pusat Internet Wakaf Aik dan merupakan peserta paling aktif menyertai kelas yang diadakan di sini Pusat Internet Wakaf Aik.Yang istimewanya Aliff seorang yang agak kreatif bila menggunakan Software Paint dan mampu melukis apa yang difikirkan.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan sepenuhnya tentang penggunaan komputer. Beliau amat gemar mencuba sesuatu yang baru seperti software melukis. Beliau aktif menyertai kelas untuk menambah ilmu beliau dalam lukisan.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Hampir setiap hari beliau berkunjung ke Pusat Internet Wakaf Aik selepas waktu sekolah berakhir. Bila cuti sekolah beliau meluangkan masa di Pusat Internet Wakaf Aik yang mana menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.