Usahawan Online - Usahawan Tudung Farintan Hijab

 Nama : Intan Nur Farah Idayu Bt. Ab. Razab

 Umur : 18 Tahun

 Ahli : 2016

 

Latar Belakang

Beliau merupakan usahawan Tudung Farintan Hijab. Pertengahan tahun ini beliau mula perniagaan tudung ini kerana minat beliau yang mendalam dalam bidang perniagaan. Beliau juga merupakan seorang Pelajar Pra-Universiti di Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunos. Selepas pulang dari sekolah, beliau akan menyiapkan tempahan tudung pelanggan. Pada mulanya beliau berasa agak penat  tetapi bagi beliau amat berbaloi kerana ramai yang menempah tudung terutama sekali Guru dan Pelajar Pra-Universiti di sekitar Daerah Bachok.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu cara menggunakan komputer seperti asas menaip yang kebiasaanya menjadi keutamaan pelajar. Malah masih malu-malu untuk bertegur sapa dengan staff. Beliau seorang yang berdikari dalam segala hal.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau mudah dan cepat belajar sesuatu perkara. Kini beliau telah berjaya menjadi seorang pelajar dan usahawan yang celik IT.Beliau tidak mudah berputus asa dan suka bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman.Beliau memegang prinsip tidak boleh bergantung kepada orang lain kerana usaha diri sendiri adalah yang terbaik. Beliau juga merupakan seorang model persendirian untuk produk beliau. Beliau juga ada persaingan sihat antara usahawan tempatan terutamanya komuniti Kg. Wakaf Aik yang akan atau telah menjadi usahawan yang Berjaya.