Usahawan Online - Usahawan Perkhidmatan Polaroid

 Nama : Nor Aina Fatihah Bt Rozali

 Umur : 18 Tahun

 Ahli : 2013

 

Latar Belakang

Beliau merupakan seorang Pelajar Pra-Universiti di Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunos. Pada awal tahun ini Aina memulakan  perkhidmatan Polaroid bermula dari order kawan-kawan dan cikgu di sekolah.Beliau berminat dalam perniagaan kerana keluarganya juga mempunyai satu perniagaan kedai kopi di Kampung Wakaf Aik. Aina berminat untuk membuat Paloroid disebabkan kebanyakan orang masa kini berkehendak gambar yang boleh dapat secara cepat. Jadi mungkin ini salah satu peluang dan rezeki kepada beliau untuk membuat perkhidmatan. Kebanyakan pelanggan beliau adalah dari kawasan Bachok dan Kota Bharu.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau pada mulanya seorang yang agak pemalu. Beliau hanya datang ke Pusat Internet Wakaf Aik untuk membayar bil api sahaja. Malah masih malu-malu untuk menggunakan komputer yang disediakan.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Setelah berapa kali beliau berkunjung ke Pusat Internet Wakaf Aik, beliau mendaftar menjadi ahli seumur hidup. Dari situlah ada keyakinan untuk menggunakan komputer di sini.

 

Aina