Celik IT - Aktif Hadir Kelas

 Nama : Amir Danial Hakim Bin Salahuddin

 Umur : 12 Tahun

 Ahli : 2017

 

Latar Belakang

Beliau seorang pelajar darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Pantai Senak. Beliau merupakan salah seorang ahli atau peserta yang paling aktif hadir Kelas/Latihan/Program di Pusat Internet Wakaf Aik. Di sekolah beliau jua merupakan Tokoh Harapan Murid. Guru-guru amat menyenangi sifat suka rendah diri dan suka menolong kawan-kawan apabila dalam kesusahan. Beliau seorang yang mudah berdikari dan amat peramah.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum ini, beliau hanya datang untuk fotostat dokumen ibu bapa beliau sahaja. Apabila beliau tengok ramai kawan- kawan sama sekolah datang ke sini dan menyertai kelas harian atau mingguan, beliau teruja bila melihat ramai yang berminat nak masuk kelas.Beliau mula mengisi borang ahli Pusat Internet Wakaf Aik.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Setelah beliau jadi ahli beliau sangat aktif untuk hadir kelas Kelas/Latihan/Program dan hampir setiap hari datang untuk siapkan kerja sekolah di sini. Keadaan Pusat Internet Wakaf Aik yang selesa  membuatkan beliau tenang bila berada di Pusat Internet Wakaf Aik.