Usahawan Online - Silver Sadur Emas

 Nama : Nur Fatin Zuhaira Binti Mat Apri

 Umur : 27 Tahun

 Ahli : 2013

 

Latar Belakang

Beliau merupakan usahawan yang berniaga Silver Sadur  Emas online sejak 2 tahun lalu. Beliau hanya merupakan suri rumah sepenuh masa yang mempunyai anak perempuan dua orang. Di samping itu beliau banyak menjual produk makanan sampingan seperti etak, donut dan lain-lain.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak pandai untuk mengunakan komputer atau gajet canggih seperti telefon pintar.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau mula menjadi ahli pada 20 Mei  2013 selepas 1bulan beroperasinya Pusat Internet Wakaf Aik ini. Beliau selalu datang untuk  menggunakan internet dan menggunakan perkhidmatan lain seperti bayaran bil dan perkhidmatan printing.

 

Fatin