Usahawan Tudung Online (@BawalTudungMurah)

 Nama : Wan Nor Fazlina Binti Wan Musa

 Umur : 23 Tahun

 Ahli : 2014

 

Latar Belakang

Beliau mula menceburkan diri dalam bidang ini pada awal Jun 2018. Beliau mula berminat menjual tudung untuk dijadikan pendapatan sampingan kerana desakan kerja tetap yang susah untuk dicari.Beliau mula mencari kerja-kerja separuh masa dan mengumpul modal untuk memulakan perniagaan tudung secara online  yang mana menjadi trademark sebagai @BawalMurahTerlajak.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau seorang yang mudah berbicara dengan orang luar. Tidak mustahil sebelum ini beliau pernah menjadi Promoter di Ambank. Perwatakan petah dan banyak berbicara serta suka bertanya merupakan sifat asli beliau dari kecik. Beliau tahu wujudnya Pusat Internet Wakaf Aik apabila ada Program Hari Terbuka di sini.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau mula menjadi ahli pada 16 Mei 2014 dan selalu datang ke Pusat Internet Wakaf Aik untuk menggunakan komputer serta internet untuk kerja peribadi. Malah beliau menggunakan perkhidmatan pinjaman Netbook di sini untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Beliau selalu menggunakan perkhidmatan EBB BSN untuk pengeluaran wang dan Deposit wang urusan jualan.

 

Ina