Celik IT - Seorang Pelajar yang Komited Menyertai Aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Wakaf Aik

 Nama : Ahmad Zarif Bin Ahmad Zamri

 Umur : 14 Tahun

 Ahli : 2015

 

Latar Belakang

Beliau merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Beliau merupakan pelajar tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor 2.Ayah beliau bekerja sebagai pemandu ambulans manakala ibunya seorang jururawat.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum ini, dia hanya menggunakan telefon bimbit yang diberikan oleh ayahnya kepada dirinya untuk mencari maklumat mengenai pelajaran dan penggunaan data internet adalah terhad. Selain itu, beliau tidak mengetahui kewujudan Pusat Internet Wakaf Aik sehingga ibunya sendiri yang mendaftar beliau sebagai ahli disini pada tahun 2015.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Selepas mengetahui kewujudan Pusat Internet Wakaf Aik, beliau sering mengunjungi Pusat Internet tersebut untuk mencari maklumat serta menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru sekolah beliau. Dengan kemudahan internet yang percuma selama setengah jam yang diberikan untuk yang menjadi ahli Pusat Internet Wakaf Aik amat memuaskan. .Ini kerana, jarak Pusat Internet Wakaf Aik dengan rumah beliau sangat dekat iaitu 500 meter.Selain itu, beliau juga sering terlibat dalam aktiviti dan kelas yang sering diadakan di Pusat Internet Wakaf Aik.