Agent Kordial Agogo (Mangga dan Honey Dew)

 Nama : Mohd Yusran Bin Azali

 Umur : 17 Tahun

 Ahli : 2016

 

Latar Belakang

Beliau daftar sebagai ahli pada tahun 2016 lagi. Beliau merupakan pelajar lepasan SPM 2018. Keputusan SPM yang kurang memuaskan memberikan peluang baru kepada beliau untuk menjadi seorang Agent Kordial Agogo ini yang mana produk ini diusahakan oleh seorang rakan karibnya juga. Beliau seorang yang rajin dan sangat jujur malah  merupakan salah seorang Skuad Lelaki di Pusat Internet Wakaf Aik

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau seorang yang pemalu dan segan pada mulanya apabila berkunjung ke sini. Beliau tahu wujudnya Pusat Internet Wakaf Aik dari buah mulut rakan-rakannya.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Selepas menjadi ahli, beliau sering datang setiap hari menggunakan komputer untuk menyiapkan kerja sekolah dan suka menonton Youtube jika tiada kerja sekolah yang perlu dibuat. Beliau sentiasa membantu petugas jika terlalu ramai pelanggan untuk dilayan. Beliau menggunakan sosial media untuk mempromosikan produk yang dijual.

 

Yusran