Celik IT - Pelajar Autisme Celik IT

 Nama : Ahmad Zarif Bin Ahmad Zamri

 Umur : 10 Tahun

 Ahli : 2016

 

Latar Belakang

Beliau seorang autisme yang berumur 10 tahun. Beliau mula menjadi ahli pada 5 November 2016 kerana pujukan abangnya yang juga merupakan seorang ahli Pusat Internet Wakaf Aik. Walaupun beliau seorang yang autism tapi beliau sangat berminat dengan komputer dan apa-apa aktiviti yang melibatkan program di Pusat Internet Wakaf Aik. Nama samaran beliau adalah ‘Mat’.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum ini, beliau seorang pemalu tapi agresif bila berada di rumah bersama keluarga. Beliau akan marah sesiapa sahaja mengikut mood dan keadaan sekeliling.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Setelah beliau jadi ahli beliau di Pusat Internet Wakaf Aik, beliau sudah menjadi seorang yang agak penyabar kerana setiap kali datang ke sini, staff yang bertugas akan layan beliau sebaik mungkin dan telah meletakkan syarat tertentu yang boleh dan tidak boleh dibuat oleh mana-mana ahli.Contohnya susun selipar sebelum masuk Pusat Internet Wakaf Aik dan bila masuk kelas beliau perlu menyimpan peralatan yang telah digunakan dengan baik dan kemas. Beliau sangat aktif dalam kelas, dan suka bertanya dan suka menolong kawan-kawannya. Malah bila ada apa-apa program kecil atau besar di Pusat Internet Wakaf Aik beliau juga aktif terlibat sama bersama kawan-kawan.