Celik IT - Ahli yang Aktif

 Nama : Mohd Azri Syahmi Bin Mohd Azizo

 Umur : 12 Tahun

 Ahli : 2017

Latar Belakang

Beliau seorang pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Pantai Senak. Beliau merupakan salah seorang ahli atau peserta yang paling aktif yang hadir Kelas atau Latihan atau Program di Pusat Internet Wakaf Aik. Beliau merupakan seorang pelajar Autisme di antara empat orang adik –beradiknya.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum ini, beliau hanya datang untuk fotostat dokumen ibu bapa beliau sahaja. Apabila beliau tengok ramai kawan- kawan sama sekolah datang ke sini dan menyertai kelas harian atau mingguan, beliau teruja bila melihat ramai yang berminat nak masuk kelas.Beliau mula mengisi borang ahli Pusat Internet Wakaf Aik bersama ibunya. Beliau seorang yang agak agresif berbeza dari peserta yang lain sebaya dengannya.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Setelah beliau jadi ahli beliau sangat aktif untuk hadir kelas Kelas atau Latihan atau Program dan hampir setiap hari datang untuk siapkan kerja sekolah di sini. Keadaan Pusat Internet Wakaf Aik yang selesa  membuatkan beliau tenang bila berada di Pusat Internet Wakaf Aik. Beliau mula menunjukkan perubahan yang agak ketara iaitu agresifnya berkurangan selepas banyak kali bergaul dengan kawan-kawan.

 

Mohd Azri Syahmi Bin Mohd Azizo