Celik IT - Ahli yang Aktif

 Nama : Putri Balqis Elisya Najwa Rozaha

 Umur : 8 Tahun

 Ahli : 2018

Latar Belakang

Putri Balqis merupakan pelajar darjah dua di Sekolah Kebangsaan Pantai Senok. Beliau digelar cilik cerdik kerana faktor fizikal beliau yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain.Selain itu beliau memang teruja untuk masuk setiap sesi kelas yang bersesuaian dengan umur beliau. Beliau juga sangat mudah berdikari dan mudah memahami apa yang diajar.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum ini beliau hanya datang menemani abang dan kakak beliau membuat kerja sekolah. Beliau hanya memerhati dari jauh cara menggunakan komputer. Kadang-kadang beliau hanya dapat menonton Youtube cerita Kartun yang abang dan kakak tolong bukakan.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Setelah beliau jadi ahli beliau sangat aktif untuk hadir kelas Kelas/Latihan/Program dan hampir setiap hari datang untuk masuk kelas. Beliau seorang yang berusaha untuk mendapatkan sesuatu ilmu dengan cara berdikari. Beliau juga mudah bertanya kepada staff di Pusat Internet Wakaf Aik.

75210702 2120621964703909 6416273191345324032 o