Belia merupakan aset dan harapan kepada negara. Negara memerlukan belia yang mempunyai ilmu pengetahuan, berketrampilan, berkemahiran dan berdaya saing dalam memacu nadi pembangunan negara. Belia juga mencorakkan imej dan identiti ke arah kemajuan dan perpaduan sesebuah kampung. Golongan belia terdiri daripada golongan muda sama ada lelaki atau perempuan, berumur dari 15 hingga 40 tahun. Golongan inilah yang merupakan penggerak dalam bidang politik, sosioekonomi, pendidikan, agama dan kebudayaan.

Biasanya terlibat aktif dalam sukan seperti bola sepak, badminton, permainan gasing, wau dan sebagainya. Mereka juga sentiasa memberikan komitmen dalam menjayakan aktiviti atau program komuniti yang dijalankan di kg. Wakaf Aik seperti gotong-royong, sukaneka dan pelbagai lagi. Selain itu, terdapat belia yang menceburi bidang keusahawanan seperti membuka Cyber Cafe, Car Wash, kedai makan, bengkel kereta, dan lain-lain. Malah terdapat juga belia wanita yang membuka kelas masakan bagi memenuhi masa lapang belia wanita yang lain. Selain itu, kelas jahitan, perniagaan cake dan cup cake, kuih-muih tradisional dan kerepek, salun kecantikan dan sebagainya. Manakala bagi belia lelaki mereka mengisi masa lapang dengan bermain futsal, sepak takraw, badminton, bola sepak, menunggang kuda, wau,  dan lain-lain lagi di kawasan rekreasi yang disediakan di Kg. Wakaf Aik.