Peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) merupakan organisasi sesebuah kampung untuk mentadbir dan menguruskan sesebuah kampung. Justeru itu, JKKK Wakaf Aik ditubuhkan adalah untuk memajukan dan menjaga hal ehwal keselamatan penduduk kampung ini. Organisasi seperti ini juga menjadi tunggak utama penyumbang kepada pembangunan di kawasan setempat. Hal ini kerana, ianya bukan sahaja memainkan peranan penting sebagai penasihat bagi penduduk kampung yang menghadapi masalah, malah turut juga memainkan peranan untuk menyampaikan kepada kerajaan yang memerintah tentang keperluan awam serta keselesaan penduduk.

Baca selanjutnya...

 

 

KELANTAN

FB IMG 1461589408977

   

 Nama “Kelantan” dikatakan berasal daripada perkataan “gelam hutam”, iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa nama itu berpunca daripada perkataan “kilatan” atau “kolam tanah”. Selain itu negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah.

    Kelantan mempunyai keluasan 15,104.62 km2 dan terletak di Timur Laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, serta bersempadan dengan Thailand. Ibu negeri dan Bandar Diraja terletak di Kota Bahru.

   Kelantan mempunyai 14 kawasan Parlimen, 45 kawasan Dewan Undangan Negeri dan terbahagi kepada 10 Jajahan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, Machang, Pasir Putih, Bachok, Kota Bharu dan Gua Musang.

Bandar-bandar yang lain ialah Rantau Panjang dan Pangkalan Chepa. Warna bendera Kelantan ialah merah dan putih. Warna merah melambangkan kesetiaan rakyat kepada negeri dan warna putih pula melambangkan kesucian Raja

Bachok

FB IMG 1462589824725

  Jajahan Bachok merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada, Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Jajahan Bachok terletak di selatan negeri Kelantan dan bersempadan dengan 3 buah negeri iaitu Terengganu di timur, Pahang di selatan dan Perak di sebelah barat. Jajahan ini meliputi kawasan seluas 26,400 hektar.

Sejarah Nama Bachok

   Bandar Bachok terletak di sebelah barat daya, lebih kurang 35 kilometer dari Kota Bharu. Ia terkenal sebagai sebuah perkampungan nelayan. Menurut penduduk setempat, nama Bachok berasal daripada dua

perkataan Siam ban and chak.Ban bermaksud kampung dan chak bermaksud Nipah yang pada asalnya merujuk kepada Kampung Nipah, satu perkampungan yang lebih padat penduduknya yang terletak di

selatan bandar Bachok sekarang. Bandar Bachok pada masa dahulu mungkin merupakan sebahagian daripada Kampung Nipah. Nama Ban Chak pada akhir berubah menjadi Bachok, mungkin kerana ia lebih

senang disebut. Orang Siam tempatan (yang kebanyakannya tinggal di Kampung Balai, lebih kurang tiga kilometer ke utara bandar Bachok) pada hari ini masih memanggil Bachok sebagai Ban Chak atau Kampung Nipah.

      

 

Sejarah Dongeng Nama Bachok

    Kononnya pada zaman dahulu kala terdapat sebuah batu menyerupai seekor burung yang seakan-akan sedang terbang dari laut di tepi pantai sepanjang kira-kira 2 kilometer itu. Tempat di mana batu yang

dikatakan wujud kini dikenali sebagai Kampung Tok Burong.

Masyarakat dahulu kala di sini juga percaya mengenai cerita kononnya wujud sebuah kemudi emas yang timbul dipermukaan air di pantai itu bersama-sama seekor buaya putih. Menurut cerita, buaya putih

sakti itu telah mengambil seorang budak perempuan di situ untuk dijadikan anak angkatnya sehingga dewasa.

Kerana sayangnya yang tidak terhingga, buaya putih itu sentiasa memberi berupa barang-barang kemas kepada budak perempuan itu. Tempat di mana berasalnya cerita dongeng itu kini dikenali sebagai

Kampung Seri Kemudi.

 

Kampung Wakaf Aik

  Kampung Wakaf Aik terletak berdekatan dengan daerah Tawang . Daerah Tawang adalah salah satu daripada 8 daerah yang terdapat di Jajahan Bachok.  Keluasan Daerah Tawang iaitu 36.3 Km persegi. Ianya meliputi 13.01% daripada keluasan keseluruhan Jajahan Bachok yang terbahagi kepada 10 Mukim Penghulu dangan 56 buah kampung. Jajahan Bachok Terletak Di Timur Laut Negeri Kelantan Bersempadan Dengan Jajahan Kota Bharu Dan Jajahan Pasir Puteh Disebelah Selatannya. Keluasan Jajahan Bachok ialah 264.64 Km/Persegi. Terdapat 8 Daerah Dan 56 Mukim.

    

Parlimen   Bachok
 Nama YB Ahli Parlimen YB Tuan Haji Mohd Syahir Bin Che Sulaiman
Dewan Undangan Negeri Tawang
Nama YB ADUN  YB Ustaz Harun Bin Ismail
 Daerah/Jajahan  Bachok
 Nama Pengawai Daerah YABrs. Haji Shamsul Bin Abu Bakar
 Mukim  Tawang
 Nama Pengawa Mukim  Nik Mohamed Jaffar Bin Nik Idris
 Nama Ketua Kampung  Mohammad bin Senik
 Nama Iman Mukim Teratai Mohd bin Abdul Wahab 
Nama Iman Mukim Sesenak Che Soh Bin Che Husin

 

Populasi Penduduk

 Populasi penduduk kampung Wakaf Aik adalah seramai 500 orang dengan purata isi rumah seramai 5 atau 6 orang setiap rumah. Keseluruhan penduduk di kampung Wakaf Aik adalah berbangsa Melayu. Kebanyakkan penduduk kampung Wakaf Aik berkerja sebagai kakitangan kerajaan seperti guru. Segelintir penduduk adalah berkerja sendiri seperti bertani, nelayan dan usahawan kecil.

Populasi

Jumlah Purata Isi Rumah

5/6 orang

Lelaki

230

Perempuan

300

          Jumlah Keseluruhan

530

 

Kumpulan Umur  

 

<12 Tahun

30%

12-17 Tahun

20%

18-25 Tahun

17%

26-40 Tahun

15%

41-58 Tahun

5%

>58 Tahun

3%

         

 

Suku Kaum

KAUM

JUMLAH

Melayu

95%

Cina

4%

India

1%

Lain-lain

0%

 

 Sosio-Ekonomi

Kerajaan

30%

Swasta

30%

Petani

20%

Nelayan

10%

Buruh

5%

Badan Berkanun

5%

 

 

Jarak daripada simpang masuk ke Kg Wakaf Aik  untuk ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Wakaf Aik ialah 500 meter sahaja.