Dari segi pendidikan pula, terdapat beberapa buah sekolah rendah dan juga sekolah menengah di kampung Wakaf Aik dan juga daerah berdekatan. Di antara sekolah yang terdapat di kawasan tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Pantai Senak, Sekolah Kebangsaan Tawang, dan Sekolah Menengah Beris Panchor. Sesi persekolahan di setiap sekolah tersebut hanya mempunyai satu sesi sahaja, iaitu sesi pagi. Selain dari sekolah, beberapa buah taska atau tadika juda ada disediakan di kampung Wakaf Aik. 

 

SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI SENAK

PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Pantai Senak atau nama ringkasnya SK Pantai Senak, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Pantai Senak.

ALAMAT

Sekolah Kebangsaan Pantai Senak

Kampong Pantai Senak

16320, Bachok

Kelantan, Malaysia

TELEFON

 6097767710

FAX

 6097767710