Pengkalan Datu Floating Market atau Pasar Terapung Pengkalan Datu adalah Pasar terapung kedua yang ada di negeri Cik Siti Wan Kembang ia terletak di Pengkalan Datu, Sering, Pengkalan Chepa yang juga dikenali sebagai 'Pasar Tani Pelancongan.Ia mula dibuka kepada orang ramai pada 9 September 2017.Juga beroperasi hanya pada setiap hari Sabtu bermula pukul 8 pagi hingga 2 petang.Selain makanan dan barangan, rata-rata pengunjung ke sini adalah bagi mendapatkan pelbagai jenis hidupan laut segar yang baru ditangkap nelayan.
Pasar terapung yang hanya 7 kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa dan 10 kilometer dari Kota Bharu ini juga bakal dimeriahkan lagi dengan pembinaan chalet-chalet dan penternakan ikan dalam sangkar.Pengkalan Datu juga menyediakan perkhidmatan menaiki Perahu Kolek,Untuk naik Perahu Kolek tambang dikenakan bagi dewasa ialah RM 5.00 dan manakala kanak-kanak dikenakan RM 3.00,pelanggan akan dibawa untuk mengelilingi sungai Pengkalan Datu.