Pantai Senak / Pulau Nami
Pantai adalah sebuah bentuk geografi yang terdiri dari pasir, dan terdapat di daerah pesisir laut. Daerah pantai menjadi batas antara daratan dan perairan laut. Panjang garis pantai ini diukur mengeliling seluruh pantai yang merupakan daerah teritorial suatu negara.
Pantai juga memiliki ekosistem, ekosistem pantai adalah ekosistem yang ada di wilayah perbatasan antara air laut dan daratan, dalam ekosistem pantai terdapat komponen biotik dan komponen abiotik. Komponen biotik pantai terdiri dari tumbuhan dan hewan yang hidup di daerah pantai, sedangkan komponen abiotik pantai terdiri dari gelombang, arus, angin, pasir, batuan dan sebagainya.
Berbeza dengan pantai-pantai yang lain, Pantai Senak mempunyai tarikannya dan kecantikan yang tersediri. Hal ini terbukti dengan kehadirin pengunjung di setiap pelusuk negeri tidak mengira masa dengan tujuan yang berbeza. Keindahan pokok Rhu yang tersusun tumbuh di persisiran pantai itu menarik kedatangan pengunjung dan orang ramai ke pantai tersebut. Kebiasaannya pengunjung datang untuk photoshoot outdoor bagi mereka yang baru berkahwin, photoshoot untuk model, majlis hari jadi, perkelahan keluarga dan lain – lain lagi.
Pantai Senok yang terletak di Tawang, Bachok Kelantan tiba-tiba menjadi begitu popular. Ia mula dikenali dan dikagumi. Betapa ramainya yang berkunjung ke pantai ini, hingga ia menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya di kawasan sekitar pantai tersebut. Inilah kehebatan media sosial atau lebih tepat lagi kuasa viral.
Sebenarnya sebelum ini, iaitu sejak beberapa tahun yang lepas, Pantai Senok telah menjadi lokasi utama untuk sesi fotografi perkahwinan. Jika berkunjung pada hari minggu, terutamanya ketika musim persekolahan, puluhan pasangan pengantin baru akan memenuhi pantai ini untuk sesi fotografi sebgai kenangan sepanjang hayat.
Namun, pada waktu itu ia belum lagi diviralkan di media sosial, dan hanya menjadi tumpuan para jurufoto dan pasangan pengantin. Selain deretan pokok ru di sepanjang pantai, pengunjung juga dapat menikmati keindahan laut yang membiru.
Pulau Nami Malaysia, itulah tajuk yang disiarkan di dalam akhbar Harian Metro bertarikh 15.Febuari.2014. Sebenarnya jolokan tersebut telah tersebar di laman sosial, ia dianggap sebagai Pulau Nami Malaysia kerana ramai pengunjung yang memuat naik gambar keindahan deretan pokok ru di Pantai Senok yang tidak ubah seperti di Pulau Nami, Korea Selatan.
Bukan saja cantik dan indah pada waktu siang, tapi bila waktu senja lihat sajalah keadaan yang indah permai ni. Boleh buatkan kita rasa tenteram je melihat kebesaran ciptaan Tuhan.
Sejarah Pulau Nami
Sebenarnya pokok-pokok ru di Pantai Senok ini ditanam oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan agensi kerajaan dalam usaha untuk mengalakkan penjagaan alam sekitar sejak lebih lima tahun dahulu.
Kini pokok-pokok ru tersebut mula membesar menjadi semakin matang, sekali gus mengindahkan kawasan Pantai Senok hingga menjadi sebahagian tarikan pelancong di Kelantan.