Wat Phothikyan Phutthhaktham  juga dikenali sebagai Kuil Naga yang amat popular dikalangan penganut agama Buddha di Malaysia. Kuil ini terletak dikampong Balai Daerah Kemasin, Bachok, Kelantan. Kuil ini juga popular di seluruh dunia terutama di Eropah, Australia dan Asia Pasifik. Apabila anda sampai dipintu kuil ini anda akan kagum melihat ukiran yang penuh keunikan. Dimana sepasang Naga yang cantik menyambut kedatangan anda.

Dibina dengan belanja RM2 juta, sebahagian besar sumbangan orang ramai, ia merupakan ketiga di Kelantan.

Dua lagi terdapat di Tumpat, iaitu patung "Sitting Buddha" setinggi 30 meter di Kampung Jubakar, dan "Sleeping Buddha", 10.6 meter tinggi dan panjang 40.9m, di Kampung Jambu atau Kampung Berok.

Patung terbaru itu dijangka siap sepenuhnya pada 2009, kata Ketua Sami, Pharphochai Acharn Pho Chai.

Ia mula dibina pada 2002 oleh lima pekerja mahir penduduk tempatan dengan dipantau oleh seorang jurutera membabitkan pembinaan tapak seluas 30 meter garis pusat dan menara tokong setinggi 36m.

Arca asal dibawa dari Taiwan dengan ilham beliau sendiri untuk membentuk sekuntum bunga teratai 108 kelopak.

Acharn Pho percaya melalui seni bina yang unik itu, Kampung Balai akan menjadi tarikan utama kepada pelancong kerana ia juga mempunyai kira-kira 100 buah patung pelbagai jenis.

kawasan tokong itu dipagari oleh dua patung naga besar sepanjang 181.6 m setiap satu. Tiap seekor bernilai RM150,000 yang disumbangkan oleh bekas sami sebelumnya Archan Phrak Ajchan Porchai pada 1992.

20160607 145313tokong

20160607 145354tokong 20160607 145642tokong

20160607 145215tokong