Pantai Kemayang
Pantai Kemayang terletak didalam mukim Kemasin,daerah Tawang merupakan satu kawasan yang sering dikunjungi ramai. Terletak 5 km dari bandar Bachok, ianya dihubungkan oleh rangkaian jalan raya yang baik.Jaraknya hanya 14KM dari bandar Kota Bharu, disana anda dapat melihat bot-bot nelayan keluar & masuk untuk mendaratkan hasil tangkapan ikan. Disini juga terdapat perusahaan ikan kering secara kecil-kecilan yang diusahakan oleh penduduk tempatan di perkampungan nelayan di Pantai Kemayang.
Mempunyai infrastruktur yang agak baik seperti tandas awam, surau & juga gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan seperti makanan barasaskan makanan laut dan juga masakan panas. Sering dikunjungi oleh pelbagai golongan khususnya yang telah berkeluarga. Menghadap Laut China Selatan memberikan satu pemandangan yang amat menarik. Di sini terdapat juga sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Belongan. Ia dikenali dengan nama pulau kerana kedudukan geografinya yang dikelilingi oleh sungai jika dilihat dari udara.
Kami sangat gemar berkunjung ke sana kerana faktor jarak dari rumah yang mana hanya mengambil masa 15 minit melalui Jambatan Pak Nik Lah & Kampung Sering. Suasana yang tenang berserta tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa amat mendamaikan jiwa & hati. Menu wajib jika berkunjung ke sana adalah air kelapa, kerepok lekor & magie goreng/sup. Memang best menjamu selera sambil menikmati pemandangan yang mendamaikan mata kan? Sapa-sapa yang belum pernah sampai kesana, saya rekemenkan Pantai Kemayang ini untuk aktiviti santai bersama family.