Tarikh : 23 Februari 2019 Masa : 03:30 PM - 04:30 PM Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Wakaf Aik Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Tujuannya adalah untuk memastikan peserta dapat menguasai kuiz online secara lebih meluas untuk subjek Bahasa Melayu dan Matematik.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan adalah pesrta yang pertama kali masuk kelas ini akan terasa teruja untuk menjawab kuiz kerana muziknya yang rancak seoleh memberi semangat kepada peserta dan peserta akan mendapat ilmu secara tak langsung dan akhir sekali menambah pengetahuan dalam Bahasa Melayu dan Matematik.
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 11 Januari 2019 Masa : 02:30 PM - 04:30 PM Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Wakaf Aik Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Tujuannya adalah untuk memberikan ilmu kepada peserta bagaimana cara untuk belajar Bahasa Mandarin.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan adalah peserta diberi taklimat mengenai asas mandarin. Selain itu, peserta perlu mendengar perkataan mandarin yang paling asas dan mengulangi sebutan dengan betul. Akhir sekali, Peserta perlu menghafal sebutan dengan betul.
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 09 November 2018 Masa : 10:50 AM - 11:50 AM Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Wakaf Aik Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Tujuannya adalah untuk memberikan ilmu kepada peserta bagaimana untuk membuat poster sempena Hari Deepavali.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan adalah peserta diberikan taklimat mengenai poster deepavali. Selain itu, peserta juga perlu mengubahsuai poster mengikut kreativiti.
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 07 Disember 2018 Masa : 10:00 AM - 11:00 AM Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Wakaf Aik Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Tujuannya adalah untuk memberikan ilmu kepada peserta bagaimana untuk mewarna secara online menggunakan website "SumoPaint Online".
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan adalah peserta diberi taklimat mengenai cara mewarna online. Selain itu, peserta perlu mewarna online gambar buah-buahan tempatan dan perlu menyiapkan dalam masa yang ditetapkan.
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 19 Oktober 2018 Masa : 10:50 AM - 11:50 AM Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Wakaf Aik Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Tujuannya adalah untuk memberikan ilmu kepada peserta mengenai kuiz secara online dan menambah pengetahuan tentang pusat internet.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan adalah peserta diberikan taklimat mengenai kuiz kahoot. Sebelum menjawab kuiz, peserta diberikan masa untuk membuat latihan kuiz kahoot dan melayari portal Pusat Internet Wakaf Aik. Selain itu, peserta perlu menjawab soalan kuiz dalam masa yang diberikan dan perlu memasukkan nama samaran dan nombor pin sebelum memulakan kuiz.
_____________________________________________________________________________