Tarikh     :  27 Ogos 2024 (Selasa)    

 Masa       :  4.00 petang hingga 5.00 petang

 Lokasi     :  Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Wakaf Aik

 Peserta   :  1 Orang

Tujuan

ICT - Menggunakan Canva & Microsoft Powerpoint Untuk Menghasilkan Tugasan IPT

Aktiviti

CANVA adalah salah satu aplikasi yang boleh diguna pakai oleh semua lapisan Masyarakat terutama sekali pelajar, Melalui CANVA juga, pelajar boleh mencipta poster, video simple, design banner, Resume Kerja, kad ucapan dan lain-lain, Untuk Asas CANVA, peserta boleh mendaftarkannya secara percuma hanya menggunakan email Sahaja, Persembahan daripada gabungan templates canva & Microsoft powerpoint akan dapat menarik minat para pelajar yang lain.

Gambar Disini

_____________________________________________________________________________

 Tarikh     :  27 Ogos 2024 (Selasa)    

 Masa       :  4.00 petang hingga 5.00 petang

 Lokasi     :  Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Wakaf Aik

 Peserta   :  1 Orang

Tujuan

Permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)

Aktiviti

Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) merupakan program dibawah jabatan Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) yang telah dijenamakan semula kepada Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS). Program ini menyediakan bantuan bina baharu atau pembaikan rumah kepada golongan miskin dan miskin tegar untuk memiliki kediaman yang selamat dan selesa dan seterusnya memastikan kumpulan sasar ini dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.

Gambar Disini

_____________________________________________________________________________

 Tarikh     :  11 Julai 2024 (Khamis)     

 Masa       :  11.30 pagi hingga 12.30 tengahari

 Lokasi     :  Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Wakaf Aik

 Peserta   :  1 Orang

Tujuan

Membuat Lakaran Plan Rumah Menggunakan Microsoft Word

Aktiviti

Para peserta diberikan tunjuk ajar cara hendak membuat lakaran rumah dari pandangan atas tanpa menggunakan aplikasi atau website yang susah. Lakaran tersebut dibentukkan daripada (insert) shape yang terdapat pada Microsoft word tersebut untuk memilih bentuk yang diperlukan. Selain itu, peserta boleh juga menggunakan Smartart atau charts jika perlu. Peserta juga perlu menggunakan line dan connectors untuk membuat garis dan hubungan antara bentuk. Sesuaikan saiz dan orientasi bentuk menggunakan alat-alat pada tab Format yang muncul apabila bentuk atau shape dipilih.

Gambar Disini

_____________________________________________________________________________

 Tarikh     :  10 Julai 2024 (Rabu)    

 Masa       :  4.30 petang hingga 5.30 petang

 Lokasi     :  Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Wakaf Aik

 Peserta   :  1 Orang

Tujuan

Mengisi Maklumat Atau Buku Yang Dibaca Untuk Program Nilam Sekolah

Aktiviti

Program NILAM adalah program yang menyediakan modul bacaan dan ilmu pengetahuan kepada murid-murid, guru, sekolah dan juga ibubapa. Program ini dapat membina minat dan tabiat suka membaca kepada para pelajar. Para pelajar boleh layari laman web https://iqnilam.moe.gov.my dan login menggunakan ID DELIMA yang telah diberikan oleh guru sekolah masing-masing untuk merekod NILAM. Borang maklumat untuk merekod bacaan murid akan dipaparkan. Isikan ruangan item dengan maklumat yang berkaitan seperti tajuk bahan bacaan, tahun terbitan, pengarang dan lain-lain.

Gambar Disini

_____________________________________________________________________________

 Tarikh     :  12 Jun 2024 (Rabu) ,22 Jun 2024 (Sabtu) ,28 Jun 2024 (Jumaat)    

 Masa       :  3.00 ptg hingga 4.00 ptg,3.00 ptg hingga 4.00 ptg,4.00 ptg hingga 5.00 ptg

 Lokasi     :  Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Wakaf Aik

 Peserta   : 11 Orang

Tujuan

TAYANGAN TENTANG TEKNOLOGI TERKINI IOT

Aktiviti

Para peserta dipertontonkan dengan video tentang teknologi-teknologi terkini seperti sensor, dan software dengan tujuan untuk berkomunikasi, menghubungkan dan bertukar data yang dihubungkan ke internet. Keselamatan merupakan isu besar jika dikaitkan dengan Internet of Things. Cabaran dalam melaksanakan Internet of Things adalah bagaimana sebuah syarikat boleh menguruskan jumlah data yang sangat banyak. Syarikat tersebut perlu lah memikirkan cara terbaik untuk menyimpan, mengesan, dan menganalisa jumlah data yang bakal dijana

Gambar Disini

_____________________________________________________________________________