SUKAN BERKUDA

Berkuda bukan sekadar menyihatkan mental dan fizikal, malah dapat mendisiplinkan diri dalam kehidupan seharian kerana bukan mudah mendekatkan diri dengan seekor haiwan yang sifat semula jadinya kasar, liar dan kuat.

Ia juga membantu melatih individu tersebut mengimbang diri, selain dapat meregangkan otot yang tegang, di samping memperbaiki kebolehan otot seluruh badan untuk bergerak,

amalan menunggang kuda dapat mempertingkatkan kecekapan otak kiri bagi menjadikan seseorang itu lebih peka dan tangkas dengan persekitaran.

Bahkan mengikut sejarah, menunggang kuda mula dijadikan kaedah rawatan sejak 1875 bagi pesakit yang mengalami pelbagai masalah kesihatan, termasuk gangguan neurologi, sakit sendi, hilang keupayaan bergerak dan mengimbangi diri.

Di Kampung Wakaf Aik sukan berkuda ini amat diminati oleh warga kampung ini tidak kira golongan lelaki mahupun wanita kesemua peringkat umur meminati sukan ini, terutama golongan Belia, banyak manafaat apabila menceburi suka kerkuda ini antaranya adalah Menunggang Kuda Boleh Membakar Kalori Dengan Cepat Jika anda perasan, biasanya biasanya kita tengok penunggang-penunggang kuda adalah berbadan ideal dan kurus. Jarang kita tengok yang menunggang kuda adalah obesiti kan.  Ini kerana sukan berkuda boleh membakar kalori dalam badan dengan cepat walaupun hanya menapak. Bayangkan kalau memang laju semasa menunggang kuda bertambah tinggi kalori yang dibakarnya

Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.

Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik  pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

 Di kampung Wakaf Aik sering kali diadakan penganjuran perlumbaan sukan berkuda ini. Pelbagai kategeri yang di tandingi Antaranya Kuda Padi A, B, dan C. Kuda Siam A (KKA) dan Kuda Siam B (KKB) dan Bimo banyak hadiah yang disediakan, dengan adanya penganjuran sukan berkuda ini dapat mengeratkan sirratulrahim Antara penduduk Kkampung Wakaf Aik dan penduduk sekitar dengan adanya sukan berkuda ini dapat mengelakan golongan belia disinie terjebak dengan aktiviti yang tidak bermoral.