Tarikh     :  11 Januari 2023 (Rabu)

 Masa       :  10.00 am- 11.00 am

 Lokasi     :   Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Wakaf Aik

 Peserta   :   4 Orang

Tujuan

 Menaip Resume & Cover Letter Untuk Permohonan Kerja

Aktiviti

Peserta diajar cara asas untuk menggunakan Microsoft word seperti menukar jenis tulisan, saiz tulisan, menghasilkan jadual dan lain-lain,Selain itu juga, terdapat banyak contoh template untuk hasilkan resume yang telah disediakan dalam Microsoft word yang terkini. Peserta hanya perlu tukarkan maklumat peribadi sahaja. Design telah disediakan secara ringkas untuk memudahkan pengguna,Ciri – ciri resume yang terbaik: Hanya 1 muka surat,Meletakkan gambar professional, Meletakkan maklumat peribadi yang lengkap seperti email dan no. telefon, Senaraikan tahap Pendidikan dan pengalaman kerja mengikut turutan yang bermula daripada yang terkini hingga dahulu.

Gambar Disini

_____________________________________________________________________________

 Tarikh     :  15 Januari 2023 (Ahad)

 Masa       :  9.30 am- 11.30 am

 Lokasi     :   Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Wakaf Aik

 Peserta   :   14 Orang

Tujuan

Permohonan Bantuan AM Maik (E-Agihan)

Aktiviti

Pengguna diajar cara untuk membuat permohonan bantuan tersebut secara online,Bagi warga emas, kami mempermudahkan urusan mereka dengan membantu mereka mengisi maklumat peribadi untuk permohonan tersebut dari awal hingga akhir.

Gambar Disini

_____________________________________________________________________________

 Tarikh     :  10 Disember 2022 (Khamis)

 Masa       :  3.00 pm- 4.00 pm

 Lokasi     :   Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Wakaf Aik

 Peserta   :   4 Orang

Tujuan

Resume Permohonan Kerja

Aktiviti

Pengguna diajar cara untuk menghasilkan resume kerja menggunakan Microsoft word. Microsoft word yang terkini telah tersedia beberapa contoh pattern resume dan cover letter permohonan kerja, Salah 1 pattern akan dipilih dan pengguna hanya perlu edit maklumat yang tersedia dengan maklumat peribadi mereka, Antara maklumat yang penting untuk dimasukkan ke dalam resume adalah seperti berikut, maklumat peribadi, akademik, pengalaman kerja, keboleh pasaran diri, gambar formal yang terkini dan kelebihan yang ada pada diri pengguna serta rujukan yang tiada pertalian darah,Selain itu, ada juga pengguna yang tidak ingin menggunakan Microsoft word. Tetapi menggunakan aplikasi lain seperti canva,Jika pengguna mempunyai masalah dalam penggunaan computer, mereka boleh merujuk terus kepada staff yang bertugas.

Gambar Disini

_____________________________________________________________________________

 Tarikh     :  22 Disember 2022 (Khamis)

 Masa       :  5.00 pm- 6.00 pm

 Lokasi     :   Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Wakaf Aik

 Peserta   :   1 Orang

Tujuan

Menaip Nama Produk & Print Out Menggunakan Kertas Sticker

Aktiviti

Pengguna diajar cara asas untuk menggunakan Microsoft word seperti menukar jenis tulisan, saiz tulisan, menghasilkan jadual dan lain-lain,Peserta dapat melakukannya sendiri dan jika menghadapi masalah, mereka boleh bertanya terus kepada petugas,Selain itu, sebelum print out peserta dinasihatkan untuk semak Kembali bagi mengurangkan kesilapan,Dokumen tersebut akan di print out menggunakan kertas sticker yang boleh di beli di PEDi.

Gambar Disini

_____________________________________________________________________________

 Tarikh     :  17 November 2022 (Khamis)

 Masa       :  9.30 am- 10.30 am

 Lokasi     :   Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Wakaf Aik

 Peserta   :   1 Orang

Tujuan

Permohonan Bantuan Am Maik (E-Agihan)

Aktiviti

Permohonan E-Agihan ini adalah inisiatif daripada pihak MAIK merupakan sumber wang zakat yang disediakan hanya kepada golongan asnaf yang layak sahaja, Kelayakan permohonan boleh disemak terlebih dahulu di website tersebut, Portal Agihan MAIK (e-maik.my) dengan menggunakan no kad pengenalan,Petugas akan memberikan tunjuk ajar kepada pemohon jika pemohon tidak tahu,Dokumen sokongan serta pengesahan permohonan perlu mendapatkan pengesahan daripada imam tempat pemohon sebelum dimuatnaik Kembali ke website dan hantar permohonan, Jika maklumat atau dokumen sokongan tidak lengkap, permohonan tersebut tidak akan dapat dihantar.

 

Gambar Disini

_____________________________________________________________________________