Tarikh     :  29 Ogos 2023 (Selasa)

 Masa       :   4.00 petang - 6.00 petang

 Lokasi     :   Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Wakaf Aik

 Peserta   :   4 Orang

Tujuan

Aplikasi Canva : Menyiapkan Tugasan Pembentangan Ting 6 

Aktiviti

Adik-adik pelajar diberikan bimbingan cara untuk menggunakan aplikasi Canva dalam menghasilkan slide pembentangan tugasan sekolah mereka, Aplikasi ini sangat mudah digunakan kerana design telah disediakan. Pelajar hanya perlu mengubah atau menambah maklumat pada design tersebut, Design-design yang disediakan mempunyai kelainan dan amat menarik.

Gambar Disini

_____________________________________________________________________________

 Tarikh     :  30 Ogos 2023 (Rabu)

 Masa       :   11.00 pagi - 1.00 petang

 Lokasi     :   Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Wakaf Aik

 Peserta   :   2 Orang

Tujuan

Bimbingan menghasilkan “Tangan Robotik”

Aktiviti

Memberikan bimbingan kepada adik-adik untuk menghasilkan tangan robotic berdasarkan video stem daripada youtube, Projek STEM kali ini bertajuk “Tangan Robot”. Bahan-bahan yang digunakan adalah seperti kertas A4, straw minuman, gunting, benang, pembaris dan double tape. Petugas PEDi menyediakan bahan-bahan dan memantau adik- adik pelajar membuat projek tersebut, Jika mereka menghadapi masalah berkaitan projek tersebut, mereka dapat merujuk terus kepada petugas PEDI yang bertugas, Kami sebagai petugas PEDi, akan cuba membantu komuniti dengan memberikan tunjuk ajar sehabis baik untuk adik-adik pelajar.

Gambar Disini

_____________________________________________________________________________

 Tarikh     :  12 Julai 2023 (Rabu)

 Masa       :   4.00 petang - 5.00 petang

 Lokasi     :   Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Wakaf Aik

 Peserta   :   8 Orang

Tujuan

Kahoot "Perkakasan Komputer" 

Aktiviti

Adik-adik santai menjawab kuiz kahoot berkaitan perkakasan computer,Soalan kuiz dipaparkan pada skrin dan adik-adik perlu menjawabnya di skrin komputer masing-masing dengan cepat. Kepantasan menjawab juga mempengaruhi markah yang akan adik-adik perolehi, Program ini telah menarik adik-adik untuk sertai kelas yang dianjurkan kerana pada pemerhatian pihak kami, proses pengajaran serta pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan, Program ini juga dapat mengelakkan adik-adik daripada bermain atau melayari internet yang tidak berfaedah.

Gambar Disini

_____________________________________________________________________________

 Tarikh     :  20 Julai 2023 (Khamis)

 Masa       :   3.30 petang - 4.30 petang

 Lokasi     :   Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Wakaf Aik

 Peserta   :   2 Orang

Tujuan

Permohonan Bantuan Maik (E-Agihan) 

Aktiviti

Sebelum permohonan dibuat, pemohon perlu menyemak kelayakkan terlebih dahulu dengan mengisi maklumat keluarga, tanggungan, pendapatan atau sumbangan yang diperolehi bagi permohonan bantuan Am,Jika permohonan bantuan lain, lain pula dokumen yang diperlukan antara permohonan lain ialah bantuan melanjutkan pelajaran ke IPT, bantuan rawatan perubatan, bantuan pemulihan rumah dan lain-lain lagi, Jika semakkan kelayakkan adalah LAYAK, pengguna boleh teruskan permohonan. Antara maklumat yang diperlukan ialah maklumat pemohon dan pasangan, no akaun bank aktif pemohon, maklumat anak atau tanggungan,

Gambar Disini

_____________________________________________________________________________

Celik IT - Ahli yang Aktif

 Nama :Shahidan Danish bin Shamsuddin

 Umur : 11 Tahun

 Ahli : 25 Mei 2023

Latar Belakang

Beliau seorang pelajar Darjah 5 di Sekolah Pantai Senak di Tawang,Bachok . Beliau merupakan salah seorang  ahli atau peserta yang aktif hadir ke Kelas atau Latihan atau Program di Pusat Ekonomi Digital Wakaf Aik.  Beliau anak Keempat atau Bongsu dari Empat adik beradik , Beliau seorang yang ramah ,disenangi oleh  rakan-rakan ,senang ditegur dan suka menolong kawan-kawan apabila dalam kesusahan. Beliau juga seorang yang mudah berdikari, berani dan suka menolong.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum ini, beliau hanya datang menemani rakan-rakan masuk kedalam kelas dan juga fotokopi kerja sekolah dan  ibubapanya .dengan ini  juga memberi ruang pada beliau  bersama kawan-kawan beliau untuk belajar di Pusat Ekonomi Digital mengenai IT dan kelas harian yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital Wakaf Aik. beliau selesa dengan layan pihak Pusat Ekonomi Digital Wakaf Aik.Beliau mula mengisi borang ahli Pusat Ekonomi Digital Wakaf Aik.

.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Setelah beliau menjadi ahli beliau menghadiri Kelas atau Latihan untuk belajar mengenai ilmu IT,beliau belajar cara menaip dengan baik.,cara mencari maklumat dengan bijak. Keadaan Pengurusan Pusat Ekonomi Digital Wakaf Aik yang selesa  dan membuatkan beliau berasa tenang bila berada di Pusat Ekonomi Digital Wakaf Aik.