Tarikh : 11 November 2023 (Sabtu) Masa : 3.30 petang hingga 4.30 petang Lokasi : Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Wakaf Aik Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Education Game (Typing & Multiplication)
Aktiviti
Permainan pendidikan ini perlu dilayari di website https://www.digipuzzle.net/education/index.htm, Terdapat banyak pilihan permainan pendidikan yang tersenarai di website tersebut. Untuk kelas hari ini, permainan “Motor Typing GP” telah dipilih kerana permainan ini dapat bermain secara berkumpulan iaitu seramai 4 orang dala 1 sesi. Permainan ini (Typing) menguji ketangkasan para peserta dalam menaip setiap perkataan yang muncul pada skrin, manakala (Multiplication) pula menguji kepantasan pemikiran para peserta mengira @ operasi “tambah/tolak”.
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 21 Oktober 2023 (Sabtu) Masa : 10.30 pagi hingga 11.30 pagi Lokasi : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Wakaf Aik Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Menaip Resume Permohonan Kerja
Aktiviti
Peserta diberikan tunjuk ajar menaip resume menggunakan perisian microsof office (word).Mereka juga didedahkan cara untuk memasukkan gambar pada resume tersebut bagi mengantikan gambar passport
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 22 September 2023 (Jumaat) Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 petang Lokasi : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Wakaf Aik Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Ekperimen Air Bergerak
Aktiviti
Petugas PEDi telah mengadakan eksperimen air bergerak melalui tisu dan warna air yang bertukar-tukar menjadi warna Pelangi.Cawan plastik lutsinar digunakan supaya setiap pergerakkannya dapat diperhatikan oleh para peserta.Aktiviti ini memberi peluang kepada para peserta untuk berfikir bahawa warna-warna asas yang terdiri daripada warna merah, biru dan kuning. Warna ini juga dikenali sebagai warna yang tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain. Warna-warna ini merupakan warna utama, yang mana apabila dicampurkan akan menghasilkan lain warna.
.
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 14 Oktober 2023 (Sabtu) Masa : 2.30 petang hingga 3.30 petang Lokasi : Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Wakaf Aik Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Melatih jari peserta (keyboard warrior)
Aktiviti
Para peserta diberikan tempoh untuk berlatih menaip di website: https://10fastfingers.com/typing-test/ sebelum masing-masing diuji kepantasan menaip.Sebeluam diuji, masing-masing diberikan peluang untuk berlatih terlebih dahulu bagi membiasakan jari jemari mereka dengan papan kekunci.Markah dikira berdasarkan WPM ( word per minute ) yang akan mula mengira secara automatic apabila peserta mula menaip
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 19,21,23,26 September 2023 (Selasa,Khamis,Sabtu,Selasa) Masa : 3.00 ptg hingga 4.00 ptg Lokasi : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Wakaf Aik Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Permohonan EIS PERKESO (Skim Insurans Pekerjaan)
Aktiviti
Para peserta diberikan tunjuk ajar cara untuk membuat permohonan tersebut di website PERKESO (https://eis.perkeso.gov.my/eisportal/insured/appl/check )Dokumen-dokumen berkaitan seperti Salinan kad pengenalan, slip gaji, no akaun, surat tawaran dan juga surat berhenti kerja diperlukan untuk scan serta muat naik ke website tersebut sebagai bukti kepada pihak PERKESO bagi melengkapkan permohonan tersebut.Peserta juga perlu mengisi butiran-butiran diri, majikan dan juga pekerjaan di website tersebut.Syarat kelayakan untuk memohon tuntutan tersebut tidak sah kepada mereka yang meletak jawatan atau berhenti kerja dengan kerelaan sendiri, pembuaangan akibat salah laku, persaraan, dan juga kepada mereka yang telah tamat tempoh perkhidmatan.
_____________________________________________________________________________