Tarikh : 17 April 2023(Isnin) Masa : 3.00 petang -4.00 petang Lokasi : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Wakaf Aik Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Memberi bimbingan kepada pengguna cara memohon Rumah Mesra Rakyat
Aktiviti
Pengguna diberikan pendedahan tentang Rumah Mesra Rakyat, dari Syarikat Perumahan Negara Berhad, Selepas itu pengguna mengeluarkan maklumat dan perkara
yang perlu ada semasa mengisi permohonan,Pengguna mula membuka laman sesawang Syarikat Perumahan Negara Berhad dibawah Rumah Mesra Rakyat, Pengurus akan bimbing Pengguna mengisi maklumat diri dan mengedit gambar yang diperlukan didalam borang tersebut, Selesai permohonan pengguna perlu simpan borang dan cetak untuk dihantar secara manual kepada pihak Syarikat Perumahan Negara Berhad.
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 16 Mac 2023 (Khamis) Masa : 3.00 pm- 4.00 pm Lokasi : Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Wakaf Aik Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Memberi Pendedahan kepada peserta melalui kuiz dan Tayangan Video berkenaan Sebenarnya.my.
Aktiviti
Peserta ditayangkan beberapa video berkenaan Sebenarnya.my, Selepas itu,peserta diberikan soalan kuiz melalui platform kahoot, Para peserta mula menjawab soalan Kuiz kahoot berkenaan Sebenarnya.my, Dan kefahaman peserta dikira melalui jawapan yang dijawab.
.
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 11 dan 12 Febuari 2023 (Sabtu dan Ahad) Masa : 4.00 pm- 5.00 pm dan 9.30 am- 10.30 am Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Wakaf Aik Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Menaip Dan Mencari Bahan Untuk Tugasan Tingkatan 3 Smk Beris Panchor
Aktiviti
Adik-adik pelajar diajarkan cara asas menaip di Microsoft word seperti pemilihan jenis tulisan dan juga saiz tulisan,Selain itu, mereka juga diajarkan cara untuk mencari gambar-gambar berkaitan tugasan, simpan pada komputer dan memasukkan gambar-gambar tersebut pada Microsoft word tugasan yang mereka sedang siapkan,Setting margin untuk tugasan tersebut telah ditetapkan oleh guru untuk penyelarasan, Sebelum print out, mereka dinasihatkan untuk menyemak Kembali bagi mengelakkan berlaku kesilapan.
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 7 dan 13 Mac 2023 (Selasa dan isnin) Masa : 10.00 pm- 5.00 pm Lokasi : Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Wakaf Aik Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Mengajar peserta cara menggunakan Microsoft word dan powerpoint untuk kegunaan pelajar di sekolah.
Aktiviti
Peserta didedahkan apa itu Microsoft word dan asas menaip di Microsoft word dan Power Point, Sesi pengajaran adalah secara beransur iaitu teori dan praktikal agar mudah difahami, Peserta diajar secara teori berkenaan Microsoft word dan power point. setelah itu, peserta diberi latihan praktikal penggunaan Microsoft word dan power point selepas diajar bahagian teori, Peserta diajar cara mencari gambar,mencari bahan dan disimpan pada computer dan cara setting margin untuk tugasan yang diberikan , Sepanjang kelas peserta boleh bertanya terus kepada petugas,Selepas kelas peserta lebih selesa menggunakan Microsoft untuk kegunaan sebarang kerja yang akan datang.
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 12 Febuari 2023 (Ahad) Masa : 9.30 am- 10.30 am Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Wakaf Aik Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Permohonan Bantuan Am MAIK (E-AGIHAN)
Aktiviti
Pengguna diajar cara untuk membuat permohonan bantuan tersebut secara online, Bagi warga emas, kami mempermudahkan urusan mereka dengan membantu mereka mengisi maklumat peribadi untuk permohonan tersebut dari awal hingga akhir, Portal E-Agihan MAIK online ini disediakan bagi memudahkan urusan orang awam untuk membuat permohonan bantuan secara atas talian, Kami sebagai petugas PEDi, akan cuba membantu komuniti dengan memberikan tunjuk ajar tatacara permohonan tersebut dan jika pemohon terdiri daripada warga emas, kami akan cuba permudahkan urusan mereka, Bantuan MAIK ini adalah dari sumber wang zakat yang disediakan hanya kepada golongan asnaf yang sangat memerlukan.
_____________________________________________________________________________