Tarikh : 5 November 2022 (Sabtu) Masa : 11.30 am- 12.30 pm Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Wakaf Aik Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Pendaftaran BSN Online Banking
Aktiviti
Sebelum membuat pendaftaran BSN Online, pastikan pengguna mempunyai kad ATM dan juga no telefon yang telah didaftarkan. Jika tidak, pengguna perlu ke kaunter BSN untuk daftar / tukar nombor telefon bagi membolehkan proses daftar BSN online,Untuk daftar BSN online, pengguna perlu layari laman web mysBSN di https://www.mybsn.com.my/, Klik ‘Register’, Tandakan butang ‘Accept’ untuk ‘First Time Registration’,Langkah seterusnya, pengguna perlu memasukkan maklumat kad ATM, no kad pengenalan, Id pengguna dan klik “request OTP”. Nombor OTP akan dihantar kepada no telefon yang telah pengguna daftarkan bagi tujuan keselamatan.
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 4 Oktober 2022 (Selasa) Masa : 10.00 am- 12.00 pm Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Wakaf Aik Peserta : 52 Orang |
Tujuan
Pengenalan Kepada Perkakasan Komputer, Kuiz Spontan, Permainan Online Mengenal Abjad Dan Alif Ba Ta Bersama Pelajar Tabika Kemas Kg Senok
Aktiviti
Untuk permulaan kelas, para pelajar diberikan penerangan tentang setiap perkakasan asas komputer seperti monitor, papan kekunci, tetikus dan lain-lain,Bagi menguji tumpuan pelajar, kuiz spontan diajukan selepas tamat penerangan dan sediakan hadiah buat yang Berjaya,Selepas itu, pelajar diajar untuk menekan papan kekunci dan tetikus sendiri dengan beberapa permainan pembelajaran atas talian supaya mereka dapat merasai sendiri sesi pembelajaran yang menyeronokkan
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 10 Septeember 2022 (Rabu) Masa : 10.00 am- 12.00 pm Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Wakaf Aik Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Menyiapkan Tugasan Sekolah Subjek Prinsip Akaun
Aktiviti
Para peserta di ajar cara untuk menghasilkan jadual, padam dan suntingan supaya kerja dapat dilakukan dengan cepat dan kemas.Selain itu, cara setting margin dokumen juga diajarkan supaya tidak terlalu comot dan teratur tulisannya.Jika ada yang tidak faham atau tidak tahu, mereka boleh terus bertanyakan kepada petugas tentang permasalah tersebut. Sebelum print out dokumen, peserta dinasihatkan supaya menyemak terlebih dahulu supaya kesilapan dapat dielakkan.
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 19 Oktober 2022 (Rabu) Masa : 11.00 am- 1.00 pm Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Wakaf Aik Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Bina Flyers Perniagaan Menggunakan Aplikasi Canva Dan Microsoft Word
Aktiviti
Peserta diajarkan 2 cara untuk menghasilkan flyers atau poster perniagaan dengan ringkas,Gambar – gambar produk yang ingin diletakkan pada flyers di hantar melalui whatsapp dan peserta memuat turun gambar tersebut melalui web whatsapp yang di scan menggunakan kod QR. Cara ini mudah tanpa perlu sambung kabel ke computer. Hanya dilakukan secara atas talian sahaja,Cara pertama menggunakan aplikasi canva. Melalui canva, terdapat banyak contoh-contoh flyers. Peserta hanya perlu pilih yang menarik dan menyuntingnya dengan maklumat serta produk peserta, sahaja. Pelbagai design-design menarik yang boleh peserta pilih,Cara kedua menggunakan Microsoft word. Cara ini sedikit rumit bagi peserta yang tiada asas Microsoft word kerana peserta perlu menyusun setiap gambar produk mengikut kreativiti sendiri.
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 17 Septeember 2022 (Sabtu) Masa : 11.00 am- 1.00 pm Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Wakaf Aik Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Cara Menghasilkan Resume Untuk Permohonan Kerja
Aktiviti
Peserta diajar cara muat turun gambar melalui whatsapp web untuk diletakkan pada resume nanti.Peserta tidak mempunyai asas komputer, petugas memberikan tunjuk ajar langkah demi langkah cara untuk menaip di microsot word.Resume yang ditaip perlu lengkap dengan maklumat penting, kemas dan tidak berserabut. Peserta juga diajarkan cara untuk membuat pemilihan latar belakang corak abstrak atau warna yang menarik bagi memperkemaskan lagi resume tersebut.
_____________________________________________________________________________