Tarikh : 5 Mac 2024 (Selasa) dan 20 Mac 2024 (Rabu) Masa : 3.00 ptg hingga 4.00 ptg dan 10.00 pg hingga 1.00 ptg Lokasi : Bilik Latihan Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Wakaf Aik Peserta : 12 Orang |
Tujuan
Pendaftaran E-Prasekolah Bagi Sesi 2025/2026
Aktiviti
Pendaftaran E-Prasekolah sesi 2025/2026 secara atas talian boleh dibuat melalui website: E-Prasekolah (moe.gov.my), Permohonan ini dibuka bermula 1 Mac 2024 hingga 31 Mac 2024 secara atas talian. Manakala 1 April 2024 hingga 30 April 2024 secara manual bergantung kepada kekosongan pelajar disekolah yang dipohon kerana setiap sekolah ada had limit pelajar yang telah ditetapkan oleh pihak KPM. Jika tidak Berjaya, pengguna boleh membuat rayuan selepas Tarikh keputusan telah keluar. Antara faktor pemilihan yang diambil kira ialah jarak tempat tinggal pelajar dengan sekolah yang dipohon juga memainkan peranan penting. Bagi pengguna yang baru, id pengguna (ibu@bapa) perlu didaftarkan bagi membolehkan untguk log masuk system untuk teruskan pendaftaran online. Manakala pengguna lama, mereka perlu menggunakan id yang lama (id & kata laluan) dan jika terlupa mereka boleh klik lupa katalaluan. Kata laluan sementara akan di hantar ke no telefon atau email yang didaftarkan sebelum ini. Antara maklumat yang diperlukan adalah seperti maklumat ibubapa, tanggungan atau anak-anak yang lain, tempat tinggal dan juga maklumat lanjut tentang anak yang ingin didaftarkan prasekolah itu. Dokumen yang telah siap dihantar online, perlu di print-out dan dihantar ke sekolah yang ingin di pohon bersama dokumen-dokumen berkaitan yang telah dinyatakan dalam dokumen permohonan.
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 3 Mac 2024 (Ahad) Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 petang Lokasi : Bilik Latihan Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Wakaf Aik Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Kelas Asas Menaip (Menghasilkan Kad Ucapan)
Aktiviti
Para peserta dipantau oleh petugas dalam setiap tugasan bersama peserta. Tugasan ini menggunakan Microsoft word dan juga carian google. Untuk gambar latar belakang kad ucapan, peserta di ajarkan cara untuk membuat carian gambar yang cantik dan menarik di carian google. Selesai tugasan tersebut, peserta juga di ajarkan cara untuk print out dokumen tersebut @ hasil tangan mereka untuk diberikan kepada Wanita tercinta dalam hidup mereka iaitu ibu mereka
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 20 Februari 2024 (Selasa) dan 21 Februari 2024 (Rabu) Masa : 3 petang hingga 4 petang dan 2 petang hingga 4 petang Lokasi : Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Wakaf Aik Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Cara Menaip Resume Dengan Betul
Aktiviti
Para peserta dipantau oleh petugas dan peserta boleh bertanya direct kepada petugas jika mempunyai masalah.Peserta diajarkan cara menaip resume menggunakan Microsoft word. Bagi yang tidak pernah menggunakan software tersebut, petugas akan memberikan tunjuk ajar Langkah demi Langkah. Jadi peserta tidaklah perlu takut atau risau jika tidak tahu membuatnya.Peserta dinasihatkan supaya menghadkan penggunaan warna dalam resume. Hanya menggunakan 2 atau 3 tona warna sahaja.Manakala untuk masukkan gambar, peserta diajar pula cara menggunakan whatsapp web.Pastikan semak sebelum print out resume supaya kesalahan tatabahasa atau ejaan dapat dielakkan.Resume merupakan pengenalan diri calon yang perlu ditunjukkan bagi menarik minat majikan untuk lebih mengetahui lebih lanjut tentang diri calon tersebut.
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 22 Februari 2024 (Khamis) Masa : 10.00 pagi hingga 11.00 pagi Lokasi : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Wakaf Aik Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Permohonan Bantuan Zakat Daripada MAIK (E-Agihan)
Aktiviti
Bantuan ini adalah dari sumber wang zakat yang disediakan hanya kepada golongan asnaf yang sangat memerlukan bantuan atau yang layak sahaja.Sebelum permohonan dibuat, pemohon perlulah membuat semakan kelayakan terlebih dahulu. Antara maklumat yang diperlukan ialah pendapatan pemohon dan pasangan, bilangan tanggungan yang bersekolah ataupun yang tinggal bersama serta bantuan lain yang pernah dapat sebelum ini. Jika semakan online menunjukkan pemohon layak, dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan akan dinyatakan dan boleh klik ikon “LAYAK” dan teruskan mengisi maklumat yang diperlukan seterusnya seperti maklumat lengkap pemohon dan pasangan serta no akaun bank pemohon.Selesai permohonan, dokumen pengesahan perlu diprint out bersama borang pengesahan pendapatan untuk disahkan oleh imam kawasan pemohon tinggal. Dokumen-dokumen tersebut perlu dimuatnaik Kembali ke website MAIK (E-Agihan) bagi melengkapkan permohonan tersebut
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 9 Januari 2024 (Selasa) Masa : 3.30 petang hingga 4.30 petang Lokasi : Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Wakaf Aik Peserta : 10 Orang |
Tujuan
STEM – BALLOON BOX TISSUE CAR
Aktiviti
Bahan-bahan untuk aktiviti telah disediakan oleh petugas bagi memudahkan peserta. Para peserta akan dipertontonkan dengan video daripada youtube cara membuat aktiviti tersebut. Setelah selesai tontonan dan peserta faham cara membuatnya, barulah mereka akan membuat aktiviti itu sendiri sambal dipantau oleh petugas.
_____________________________________________________________________________