Tarikh     :  28 Jun 2024 (Jumaat)    

 Masa       :  9.00 pg hingga 10.00 pg

 Lokasi     :  Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Wakaf Aik

 Peserta   :  4 Orang

Tujuan

KELAS ASAS (MENGENAL PERKAKASAN KOMPUTER)

Aktiviti

Para peserta didedahkan dengan perkakasan asas komputer seperti monitor, papan kekunci, tetikus dan lain-lain. Setiap perkakasan yang ditunjuk disertakan bersama gambar fizikal dan fungsinya. Pelajar boleh terus bertanyakan kepada petugas jika keliru atau tidak faham sepanjang kelas tersebut berlangsung. Selepas selesai sesi penerangan tentang perkakasan computer, para pelajar didedahkan dengan kuiz Kahoot online berkaitan tentang yang dipelajari iaitu tentang perkakasan computer.

Gambar Disini

_____________________________________________________________________________

 Tarikh     :  24 Mei 2024 (Jumaat)     

 Masa       :  4.00 ptg hingga 5.00 ptg

 Lokasi     :  Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Wakaf Aik

 Peserta   :  4 Orang

Tujuan

Menguji Kepantasan Jari Jemari

Aktiviti

Adik-adik peserta dapat mencuba untuk menaip secara pantas di website :  Ujian Menaip Malaysian - 10FastFingers.com, Terdapat pelbagai Bahasa yang boleh dipilih untuk memulakan Latihan menaip seperti Bahasa Malaysia atau English, Untuk yang baru mencuba boleh memilih tahap yang rendah dan apabila adik-adik mula menaip, masa akan terus mengira. 1 minit untuk menghabiskan menaip teks yang diberikan pada skrin, Ini akan dapat menguji kepantasan masing-masing dalam menaip teks mengikut masa yang telah ditetapkan iaitu 1 minit.

Gambar Disini

_____________________________________________________________________________

 Tarikh     :  17 April 2024 (Rabu),20 April 2024 (Sabtu), 24 April 2024 (Rabu)    

 Masa       :  12.00 tghari hingga 1.00 ptg,11.00 pg hingga 12.00 tghari,

                     9.00 pg hingga 10.00 pg

 Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Wakaf Aik

 Peserta   :  5 Orang

Tujuan

RESUME PERMOHONAN KERJA 

Aktiviti

Para peserta diberikan tunjuk ajar cara untuk menghasilkan resume permohonan kerja yang kemas dan menarik. Menggunakan Microsoft word, klik pada more templates dan taip resume. Pelbagai rangka resume telah disediakan. Peserta perlu memilih rangka yang menarik dan sesuai untuk dijadikan resume. Peserta perlu memasukkan maklumat peribadi seperti nama penuh, no kad pengenalan, no telefon, email, Alamat dan lain-lain. Jika peserta mempunyai pengalaman kerja yang banyak, pilih pengalaman yang paling terbaik atau yang paling lama bekerja. Manakala jika tiada pengalaman, peserta boleh masukkan penyertaan kokurikulum semasa belajar seperti pengakap, debat, persatuan-persatuan sekolah dan lain-lain.

Gambar Disini

_____________________________________________________________________________

 Tarikh     :  15 Mei 2024 (Rabu) ,21 Mei 2024 (Selasa)     

 Masa       :  2.30 ptg hingga 3.30 ptg, 11.00 pg hingga 12.00 tgh

 Lokasi     :  Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Wakaf Aik

 Peserta   :  4 Orang

Tujuan

Cara Menaip Resume Dengan Betul

Aktiviti

Para peserta dipantau oleh petugas dan peserta boleh bertanya direct kepada petugas jika mempunyai masalah, Peserta diajarkan cara menaip resume menggunakan Microsoft word. Bagi yang tidak pernah menggunakan software tersebut, petugas akan memberikan tunjuk ajar Langkah demi Langkah. Jadi peserta tidaklah perlu takut atau risau jika tidak tahu membuatnya, Peserta dinasihatkan supaya menghadkan penggunaan warna dalam resume. Hanya menggunakan 2 atau 3 tona warna sahaja, Manakala untuk masukkan gambar, peserta diajar pula cara menggunakan whatsapp web, Pastikan semak sebelum print out resume supaya kesalahan tatabahasa atau ejaan dapat dielakkan, Resume merupakan pengenalan diri calon yang perlu ditunjukkan bagi menarik minat majikan untuk lebih mengetahui lebih lanjut tentang diri calon tersebut.

Gambar Disini

_____________________________________________________________________________

 Tarikh     :  29 April 2024 (Isnin)     

 Masa       :  4.02 petang hingga 5.02 petang

 Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Wakaf Aik

 Peserta   :  6 Orang

Tujuan

STEM Kreatif DIY Tanglong

Aktiviti

Para peserta dipertontonkan terlebih dahulu cara untuk mencipta sebuah tanglong kertas di youtube terlebih dahulu. Bahan-bahan asas seperti kertas, gam, gunting, pencil, pembaris dan lain-lain disediakan oleh petugas. Jika ada diantara peserta yang tidak faham atau tidak jelas dengan cara pembuatan di youtube tersebut, mereka boleh terus bertanyakan kepada petugas yang ada. Peserta yang sertai kelas terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Jadi tahap kefahaman mereka juga berbeza.

Gambar Disini

_____________________________________________________________________________