Usahawan Online - Pakaian

 Nama : Yuslin Binti Yusof

 Umur : 42 Tahun

 Ahli : 2016

 

Latar Belakang

Beliau merupakan suri rumah sepenuh masa kepada 5 orang anak iaitu 3 perempuan dan 2 lelaki. Beliau mula menceburi bidang ini pada tahun 2016 dalam jualan secara online. Di samping menjadi suri rumah beliau tidak mensia-siakan masa untuk menjadi usahawan berjaya, malah selalu mencari peluang keemasan samada jadi Agent atau Dropship kepada mana-mana pihak pembekal.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI 

Sebelum terlibat dalam dunia keusahawanan, beliau merupakan seorang agak pemalu dan tidak terdedah dengan penggunaan teknologi komputer atau telefon pintar. Malah tidak tahu bagaimana untuk mempromosikan produk yang dijual.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau dalam bidang keusahawanan, beliau cuba mencari alternatif untuk memajukan perniagaan melalui penggunaan komputer, internet dan telefon pintar yang agak canggih pada masa kini. Beliau mencuba peluang yang diberikan oleh Pusat Internet  Wakaf Aik dengan menggunakan internet secara percuma kepada komuniti tempatan dan jadi ahli.

 

KakLin

BERJAYA EXPLORE SOFTWARE TERKINI

 Nama : Nor Muhaimin Bin Ahmad

 Umur : 18 Tahun

 Ahli : 2013

 

Latar Belakang

Beliau merupakan seorang pelajar lepasan SPM dan dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah. Beliau seorang yang ada motivasi tinggi untuk belajar sesuatu ilmu. Terutamanya ilmu berkaitan dengan komputer dan IT. Muhaimin suka 'explore' apa yang berkaitan dengan teknologi. Contohnya Adobe Photoshop dan Sony Vegas. Beliau juga gemar upload ke Youtube apa yang beliau cipta dan update apa sahaja mengenai IT terbaru yang digunakan.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau menggunakan laptop jiran untuk membuat sesuatu kerja sekolah yang berkaitan dengan penggunaan komputer.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau mula menjadi ahli pada 26 Mei 2013, dan kini beliau tidak perlu risau kerana Pusat Internet Kg Wakaf Aik telah menyediakan komputer yang secukupnya. Beliau juga dikatakan hampir setiap minggu akan datang menggunakan komputer dan jarang-jarang membuat pinjaman Netbook.

Usahawan Online - Menjual Telur Mesin & Dropship Produk Nurraysa

 Nama : Mastura Binti Abdullah

 Umur : 27 Tahun

 Ahli : 2017

 

Latar Belakang

Beliau merupakan staff Pusat Internet Wakaf Aik, Bachok, Kelantan. Faktor persekitaran tempat kerja membolehkan beliau berjinak dalam perniagaan secara perlahan. Beliau memulakan perniagaan secara dalam talian dengan menjual telur mesin dan menjadi dropship untuk Produk Nurraysa. Selain itu, peluang bekerja dengan komuniti memberi peluang yang luas kepada beliau untuk mempromosikan produk yang dijual.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau mempunyai sedikit pengalaman berkaitan IT semasa pengajian di Universiti Malaysia Pahang.Justeru itu, beliau mengaplikasikan apa yang dipelajari untuk mempromosikan produk yang dijual.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sepanjang menjadi staff Pusat Internet Wakaf Aik, beliau memajukan diri untuk belajar apa kelebihan Facebook dan fungsi media sosial yang lain. Lebih-lebih lagi dalam jualan online yang diceburi. Selain itu, Aplikasi Dashboard(Myshop) amat membantu beliau dalam meneruskan mencuba jualan produk lain-lain.

 

IMG 6198

MENGGUNAKAN INTERNET UNTUK MENGULANGKAJI PELAJARAN 

 Nama : Nur Ain Farisha Binti Mohd Ridzuan

 Umur : 12 Tahun

 Ahli : 2016

 

Latar Belakang

Beliau merupakan anak sulong daripada 4 orang adik beradik dan juga pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Pantai Senak. Beliau selalu mengunjungi Pusat Internet Wakaf Aik untuk membuat ulangkaji pelajaran.Selain itu, beliau merupakan pelajar yang bergiat aktif samada kokurikulum ataupun akademik.Tahun ini beliau menghadapi Ujian Penialaian Sekolah Rendah(UPSR) dan berharap usaha beliau selama ini berhasil.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Pada mulanya beliau masih tidak tahu asas penggunaan komputer. Beliau masih ragu-ragu bila menggunakan mouse dan keyboard. Kadang-kadang rasa tak yakin sebab beliau beranggapan agak susah untuk menggunakan peralatan komuputer seperti yang disediakan.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau telah mahir dalam penggunaan Microsoft Office, antaranya adalah Microsft Word, Publisher dan Power point. Beliau memanfaatkan apa yang dipelajari untuk menyiapkan kerja sekolah yang disediakan oleh pihak sekolah.

Usahawan Online - Menjual Perfume De'Xandra

 Nama : Nadiah Asmaq Binti Nek Jik

 Umur : 29 Tahun

 Ahli : 2017

 

Latar Belakang

Beliau merupakan usahawan baru Pusat Internet Wakaf Aik, Bachok, Kelantan. Beliau baru memulakan perniagaan perfume atau minyak wangi pada awal Mei tahun ini.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu cara untuk  mempromosikan produk yang dijual kepada pelanggan. Beliau hanya promosi secara ‘offline’ secara langsung dari rumah.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sepanjang menjadi ahli Pusat Internet Wakaf Aik, beliau selalu berkunjung untuk menggunakan perkhidmatan computer.Beliau memanfaatkan penggunaan percuma untuk mempromosikan produk yang dijual secara online di Facebook dan Instagram.

 

Asmaq