Usahawan Online - Usahawan Tudung Farintan Hijab

 Nama : Intan Nur Farah Idayu Bt. Ab. Razab

 Umur : 18 Tahun

 Ahli : 2016

 

Latar Belakang

Beliau merupakan usahawan Tudung Farintan Hijab. Pertengahan tahun ini beliau mula perniagaan tudung ini kerana minat beliau yang mendalam dalam bidang perniagaan. Beliau juga merupakan seorang Pelajar Pra-Universiti di Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunos. Selepas pulang dari sekolah, beliau akan menyiapkan tempahan tudung pelanggan. Pada mulanya beliau berasa agak penat  tetapi bagi beliau amat berbaloi kerana ramai yang menempah tudung terutama sekali Guru dan Pelajar Pra-Universiti di sekitar Daerah Bachok.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu cara menggunakan komputer seperti asas menaip yang kebiasaanya menjadi keutamaan pelajar. Malah masih malu-malu untuk bertegur sapa dengan staff. Beliau seorang yang berdikari dalam segala hal.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau mudah dan cepat belajar sesuatu perkara. Kini beliau telah berjaya menjadi seorang pelajar dan usahawan yang celik IT.Beliau tidak mudah berputus asa dan suka bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman.Beliau memegang prinsip tidak boleh bergantung kepada orang lain kerana usaha diri sendiri adalah yang terbaik. Beliau juga merupakan seorang model persendirian untuk produk beliau. Beliau juga ada persaingan sihat antara usahawan tempatan terutamanya komuniti Kg. Wakaf Aik yang akan atau telah menjadi usahawan yang Berjaya.

 

Usahawan Online - Usahawan Agent Durian Crepe Kota Bharu

 Nama : Norhidaya Binti Rawi

 Umur : 30 Tahun

 Ahli : 2016

Latar Belakang

Beliau merupakan salah seorang staff di Pusat Internet Wakaf Aik. Walaupun bekerja sepenuh masa beliau menggunakan manfaat sebaiknya oleh pihak atasan untuk menjadi Usahawan di kalangan komuniti tempatan.Minat beliau kepada berniaga adalah amat tinggi dan sanggup menjadi agent kepada produk Durian Crepe Kota Bahru yang memang popular di kalangan orang Kelantan termasuklah negeri lain juga. Business agent Durian Crepe Kota Bahru adalah pendapatan sampingan beliau. Produk Durian Crepe Kota Bahru disukai oleh lapisan masyarakat tidak kira Melayu atau bukan Islam.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum ini beliau hanya tahu promosi secara peribadi sahaja dengan pelanggan. Beliau seorang yang agak pemalu sebelum terlibat dalam dunia keusahawanan sebagai agent Durian Crepe Kota Bahru,

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau rasa yakin dalam  bidang keusahawanan, beliau berusaha untuk cuba mencari kelainan dalam mempromosikan Durian Crepe Kota Bahru melalui Facebook dan Instagram. Alternatif lain beliau juga mempromosikan produk ini dalam Group whatapps dan Group Telegram. Jualan beliau juga semakin mendapat sambutan setelah ada senarai pelanggan tetap yang memang akan order dan beli Durian Crepe Kota Bahru. Beliau juga mempunyai beberapa orang Dropship.


Usahawan Online - Usahawan Susu C2 Joy Dan De Asia White Coffee

 Nama : Faizul Bin Haji Yusoff

 Umur : 47 Tahun

 Ahli : 2016

 

Latar Belakang

Beliau merupakan seorang usahawan susu C2 Joy dan De Asia White Coffee. Susu ini di adun dengan formula berkualiti tinggi yang membantu menambah kesihatan. Contohnya meningkatkan imunisadi badan, melewatkan penuaan dan menguatkan tulang. Beliau mula menceburi bidang ushawan ini pada awal tahun 2016. Beliau juga merupakan guru silat Silat Alternatif Jaringan Rakan Cakna (AJRC) malah adalah pengasas kepada Silat Alternatif Jaringan Rakan Cakna Malaysia( AJRCM) .

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli Pusat Internet Wakaf Aik beliau berusaha mencari apa kelebihan Pusat Internet Wakaf Aik berbanding Cybercafe di luar sana. Selepas mendengar penjelasan dari petugas, beliau tanpa membazir masa mengisi borang ahli Pusat Internet Wakaf Aik tanpa ragu-ragu malah mempromosikan Internet Wakaf Aik kepada komuniti lain terutamanya anak didik beliau dalam Silat Alternatif Jaringan Rakan Cakna(AJRC). Beliau tidak tahu cara untuk mempromosikan lebih produk susu yang dijual.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Selepas penglibatan, beliau secara sukarela akan masuk setiap kali kelas atau program yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet Wakaf Aik. Malah mengajak anak-anak didik beliau menyertai bersamanya.

 

Faizul

Celik IT - Mudah Mempelajari Sesuatu Perkara

 Nama : Putri Nur Kasihh Binti Mohd Razali

 Umur : 11 Tahun

 Ahli : 2017

 

Latar Belakang

Beliau merupakan pelajar darjah lima di Sekolah Kebangsaan Senok. Beliau merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Beliau agak peramah dan suka memasuki kelas yang disediakan di Pusat Internet Wakaf Aik untuk menambah lagi ilmu tentang pengetahuan ICT.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan kebanyakan perisian di dalam komputer dan merasakan dengan mengunjungi Pusat Internet Wakaf Aik hanya membuang banyak masa dan tidak berfaedah.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau dapat mempelajari banyak perisian di dalam komputer dan memasuki kelas yang disediakan di Pusat Internet Wakaf Aik secara percuma dengan hanya mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Wakaf Aik.

 

 

 

 

 

Usahawan Online - Usahawan Pertanian Organik

 Nama : Salwati Binti Mohd Ariffin

 Umur : 42 Tahun

 Ahli : 2013

 

Latar Belakang

Beliau merupakan usahawan organik di Kg. Wakaf Aik. Beliau sangat berminat dalam bidang organik kerana merupakan cabaran yang jarang orang ceburi pada masa kini. Beliau secara sukarela member tunjuk ajar kepada usahawan pertanian di Kg. Wakaf Aik. Beliau juga merupakan seorang guru  Bahasa Inggeris yang mana mengambil upah atau percuma menjadi guru tuisyen kepada anak-anak komuniti di Kg. Wakaf Aik.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Walaupun beliau seorang yang mahir dalam bidang komputer, tetapi untuk mendapatkan bekalan internet yang laju di kampung adalah agak susah lebih-lebih lagi tidak mempunyai kelengkapan seperti komputer atau laptop untuk mendapatkan sumber dan info berkenaan tentang perniagaan atau lain-lain maklumat.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau amat gembira bila menjadi ahli Pusat Internet kerana dapat menggunakan perkhidmatan yang disediakan seperti penggunaan internet percuma, penggunaan komputer untuk menaip dan peminjaman Netbook 1Malaysia. Lebih-lebih lagi beliau berpeluang menggunakan perkhidmatan Wifi Komuniti yang disediakan. Ini memudahkan beliau untuk membuat kerja berkaitan perusahaan beliau.

 

Salwati