Usahawan Online (Pelbagai Produk Makanan)

 Nama : Siti Farahana Bt Mohd Top

 Umur : 25 Tahun

 Ahli :11 April 2014

Latar Belakang

Beliau mula berjinak-jinak dalam drophip atau agent mana-mana pelbagai produk makanan. Antaranya Mee Segera Siam, Tepung Kek Segera, Keropok dan pelbagai lagi. Beliau betul-betul berminat berniaga sambal bekerja sambilan sebagai guru tuisyen Bahasa Arab di area Panji, Kota Bharu. Beliau merupakan anak sulung dari 6 beradik, ibu beliau adalah seoarang guru manakala ayah beliau seorang pesara kerajaan

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau seorang yang pemalu tetapi mudah dibawa berbincang jika memerlukan apa-apa pertolongan. Beliau agak kurang ilmu IT tapi suka belajar lebih apa yang perlu dibuat dalam hidup beliau.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau mula menjadi ahli pada 11 April 2014 lagi apabila ibunya menyarankan agar memanfaatkan masa di Pusat Internet Wakaf Aik. Ini kerana suasana berbeza dengan Cyber Café yang lain. Beliau selalu datang kerap untuk menyiapkan tugasan dan uruskan jualan belian dalam Shopee terutamanya.

109684216 2685727151526718 2745563474184362928 n

 

Usahawan Online (Barangan kesihatan)

 Nama : Nur Sufiah Munirah Binti Rusli

 Umur : 20 Tahun

 Ahli : 2014

Latar Belakang

Beliau merupakan usahawan muda dan masih menjadi pelajar Tahun Pertama Semester Kedua di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah(KUIPSAS). Beliau mula menceburi bidang perniagaan ini pada awal tahun 2019. Beliau mewarisi perniagaan ini dari keluaga juga iaitu resepi turun temurun dari nenek kepada ibu dan bapa beliau. Sehingga hari ini jualan tetap laris dan semakin mendapat sambutan setiap hari. Stok Akok Pandan Kedut ini tidak semestinya ada pada bulan Ramadhan sahaja tetapi boleh membuat tempahan untuk apa-apa majlis.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu wujudya Pusat Internet Wakaf Aik, sehinggalah beliau dimaklumkan oleh rakan-rakan terdapat satu pusat di area Wakaf Aik yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau mula menjadi ahli pada 20 Mei  2013 selepas 1 tahun 6 bulan beroperasinya Pusat Internet Wakaf Aik ini. Beliau selalu datang untuk  menggunakan internet dan menggunakan perkhidmatan lain seperti bayaran bil dan perkhidmatan printing serta mempromosikan produk jualan beliau terutamanya Akok Pandan Kedut kepada komuniti sekitar.

23155071 1181637095269072 556736323768447404 o

Celik IT - Ahli yang Aktif

 Nama : Putri Balqis Elisya Najwa Rozaha

 Umur : 8 Tahun

 Ahli : 2018

Latar Belakang

Putri Balqis merupakan pelajar darjah dua di Sekolah Kebangsaan Pantai Senok. Beliau digelar cilik cerdik kerana faktor fizikal beliau yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain.Selain itu beliau memang teruja untuk masuk setiap sesi kelas yang bersesuaian dengan umur beliau. Beliau juga sangat mudah berdikari dan mudah memahami apa yang diajar.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum ini beliau hanya datang menemani abang dan kakak beliau membuat kerja sekolah. Beliau hanya memerhati dari jauh cara menggunakan komputer. Kadang-kadang beliau hanya dapat menonton Youtube cerita Kartun yang abang dan kakak tolong bukakan.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Setelah beliau jadi ahli beliau sangat aktif untuk hadir kelas Kelas/Latihan/Program dan hampir setiap hari datang untuk masuk kelas. Beliau seorang yang berusaha untuk mendapatkan sesuatu ilmu dengan cara berdikari. Beliau juga mudah bertanya kepada staff di Pusat Internet Wakaf Aik.

75210702 2120621964703909 6416273191345324032 o

Usahawan Online (Barangan kesihatan)

 Nama : Amin Muiz Bin Husain

 Umur : 28 Tahun

 Ahli : 2020

Latar Belakang

Beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan online ini pada awal April 2017. Beliau mula berminat menjual produk kesihatan untuk dijadikan pendapatan sampingan untuk mendapatkan lebih. Beliau juga terlibat dalam kelas-kelas usahawan online yang diadakan oleh MDEC.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau seorang yang mudah berbicara dengan orang luar. Beliau juga sebelum ini beliau pernah menjadi Promoter di coway dan qurratul ain. Perwatakan suka membantu dan mudah berbicara serta suka bertanya merupakan sifat yang terbiasa padanya. Beliau tahu wujudnya Pusat Internet Wakaf Aik apabila ada Program Hari Terbuka.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau mula menjadi ahli pada 16 Mei 2014 dan selalu datang ke Pusat Internet Wakaf Aik untuk menggunakan komputer serta internet untuk kerja peribadi. Malah beliau menggunakan perkhidmatan pinjaman Netbook di sini untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Beliau selalu menggunakan perkhidmatan EBB BSN untuk pengeluaran wang dan Deposit wang urusan jualan.

dae2c677 411b 4248 88d6 6e67288704e6

Celik IT - Ahli yang Aktif

 Nama : Mohd Azri Syahmi Bin Mohd Azizo

 Umur : 12 Tahun

 Ahli : 2017

Latar Belakang

Beliau seorang pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Pantai Senak. Beliau merupakan salah seorang ahli atau peserta yang paling aktif yang hadir Kelas atau Latihan atau Program di Pusat Internet Wakaf Aik. Beliau merupakan seorang pelajar Autisme di antara empat orang adik –beradiknya.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum ini, beliau hanya datang untuk fotostat dokumen ibu bapa beliau sahaja. Apabila beliau tengok ramai kawan- kawan sama sekolah datang ke sini dan menyertai kelas harian atau mingguan, beliau teruja bila melihat ramai yang berminat nak masuk kelas.Beliau mula mengisi borang ahli Pusat Internet Wakaf Aik bersama ibunya. Beliau seorang yang agak agresif berbeza dari peserta yang lain sebaya dengannya.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Setelah beliau jadi ahli beliau sangat aktif untuk hadir kelas Kelas atau Latihan atau Program dan hampir setiap hari datang untuk siapkan kerja sekolah di sini. Keadaan Pusat Internet Wakaf Aik yang selesa  membuatkan beliau tenang bila berada di Pusat Internet Wakaf Aik. Beliau mula menunjukkan perubahan yang agak ketara iaitu agresifnya berkurangan selepas banyak kali bergaul dengan kawan-kawan.

 

Mohd Azri Syahmi Bin Mohd Azizo