Celik IT - Ahli yang Aktif

 Nama : Nur Nadira Aqila Binti Mohd Nazi

 Umur : 13 Tahun

 Ahli :18 June 2020

Latar Belakang

Beliau seorang pelajar Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Beris Panchor 2. Anak Sulong dari Enam adik beradik. Beliau seorang yang agak aktif dan senang bila berbicara,beliau sebelum ini hanya teman kawannya untuk fotokopi dan Fotostat   sebelum namun setelah menjadi ahli. Beliau menggunakan internet atau PC serta aktif dalam menyertai program atau kelas yang dilaksanakan di Pusat Internet Komuniti Wakaf Aik.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum ini beliau hanya datang menemani kawan-kawan beliau yang datang menyiapkan kerja sekolah. Kadang-kadang belaiu datang untuk fotostat dokumen yag dikirim oleh ahli keluarga mereka.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Setelah beliau jadi ahli beliau sangat aktif untuk hadir kelas atau program yang dibuat di Pusat Internet Wakaf Aik. Beliau banyak membantu staff di Pusat Internet jika diperlukan.

43cfc491 8e93 47d3 b640 ae5955b73f61

Celik IT - Ahli yang Aktif

 Nama : Mohd Alif Alfiq  Bin Anuar

 Umur : 10 Tahun

 Ahli : 2019

Latar Belakang

Beliau seorang pelajar darjah 4 di Sekolah Kebangsaan Pantai Senak. Beliau merupakan salah seorang ahli atau peserta yang aktif hadir ke Kelas atau Latihan atau Program di Pusat Internet Komuniti Wakaf Aik.  Beliau anak ke-empat dari lima adik beradik , Beliau seorang disenangi rakan-rakan ,senang dtegur dan suka menolong kawan-kawan apabila dalam kesusahan. Beliau juga seorang yang mudah berdikari, berani dan suka menolong.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum ini, beliau hanya datang menemani rakan  untuk fotostat dokumen,  ibubapanya juga memberi ruang pada beliau  bersama kawan-kawan beliau untuk belajar di pusat internet mengenai IT dan kelas harian yang diadakan di pusat internet. beliau selesa dengan layan pihak pusat internet .Beliau mula mengisi borang ahli Pusat Internet Komuniti Wakaf Aik.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Setelah beliau jadi ahli beliau sangat aktif untuk hadir Kelas atau Latihan atau Program dan hampir setiap hari datang untuk belajar mengenai ilmu IT,beliau belajar cara menaip dengan baik.,cara mencari maklumat dengan bijak. Keadaan Pengurusan Pusat Internet Komuniti Wakaf Aik yang selesa  dan membuatkan beliau berasa tenang bila berada di Pusat Internet Komuniti Wakaf Aik bersama kawan-kawannya.

123240035 2964330983666332 5861452023465865717 n

 

Nasi Arab Zahid (Online)

 Nama : Muhammad Zahid bin senik

 Umur : 28 Tahun

 Ahli : 2020

Latar Belakang

Beliau merupakan anak ke-lima dari 8 adik-beradik. Beliau telah menjadi ahli pada 27 Disember 2020 lagi. Beliau yang sebelum ini tinggal di Kubang Kerian berpindah ke Kubang Golok,Bachok setelah mendapat pekerjaan sebagai Setiausaha bagi Rumah Ngaji Negeri Kelantan seorang yang aktif dalam persatuan .beliau sebelum ini datang ke Pusat Internet Komunti Wakaf Aik untuk mencetak surat dan siapkan tugasan selepas melihat kelebihan di pusat internet komuniti wakaf aik ,beliau mendaftar sebagai ahli ,beliau juga mempunyai  perniagaan beliau sendiri, beliau sering kali mempromosi produk di Facebook antara page facebook yang dipromosi Nasi Arab Mandy,Nasi Arab Zahid,Kedai Rumah Ngaji Kelate ,masih aktif berniaga sementara bekerja.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu cara untuk menggunakan aplikasi tertentu untuk dekorasi poster atau promosi produk yang dijual. Beliau kurang mahir dalam asas komputer dan  bidang edit

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau mendapatkan tunjuk ajar dari Staf Pusat Internet Komuniti  Wakaf Aik. Beliau mula belajar asas Editing,Facebook ,Shopee dan melakukan kerja dengan lebih baik. Kini beliau juga sudah mahir dalam asas komputer.

160880666 3297793900320037 8857311354395664098 o

Celik IT - Wanita Celik ICT

 Nama : Munira Bt Mohd Noor

 Umur : 37 Tahun

 Ahli : 2019

Latar Belakang

Beliau seorang wanita hanya berstatus Ibu tunggal dan hanyalah suri rumah dan mempunyai 5 orang anak. Hobi beliau adalah menanam pokok bunga. Beliau adalah seorang Setiausaha Jawatan Kampung Wakaf Aik dan aktif uruskan program. Beliau merupakan seorang sukarelawan  pasukan bola bagi Pasukan Wakaf Aik  FC dan Sri Sador FC. Beliau selalu datang menyiapkan minit mesyuarat dan pelbagai urusan lain di Pusat Internet Komuniti Wakaf Aik. Beliau juga aktif bekerjasama dengan Yakult untuk program di Pusat Internet Wakaf Aik.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum ini, beliau hanya datang untuk menggunakan perkhidmatan fotostat dan membayar bil elektrik dan astro sahaja. . Beliau kurang pandai menggunakan Asas Komputer seperti menaip menggunakan Microsoft Word.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Setelah beliau jadi ahli beliau sangat aktif untuk menggunakan PC dan menaip kerja-kerja berkaitan untuk mengasah bakat. Beliau juga selalu mencetak pelbagai dokumen urusan.

munira

Usahawan Jahitan offline dan online

 Nama : Siti Nazirah Binti Ismail

 Umur : 27 Tahun

 Ahli : 2017

Latar Belakang

Beliau mula mendaftar 25 Febuari 2017 dan mula berjinak menggunakan komputer yang disediakan. Beliau seorang lepasan Sijil Kemahiran Jahitan dan cita-citanya nak menjadi tukang jahit pelbagai jenis pakaian.Beliau lebih mahir kepada pakaian muslimah perempuan. Beliau juga bergiat aktif dalam shopee menjual produk lain jua.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau seorang yang agak pemalu sebelum ini, bila nak menggunakan komputer selalu akan meminta pertolongan staff untuk membuat sesuatu kerja beliau. Beliau kurang kemahiran asas komputer dan masih tidak biasa bila datang ke Pusat Internet Komuniti Wakaf Aik.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Tetapi sekarang tidak lagi malu seperti sebelum ini. Beliau menggunakan komputer dan bertanya jika perlu sahaja. Malah beliau juga merupakan salah seorang usahawan yang terlibat dalam Pertandingan Usahawan Pusat Internet 2021.

NAZIRAH