Hanaz Collection

 Nama :Siti Hazuana Binti Mohd Yusoff

 Umur : 24 Tahun

 Ahli : 2016

Latar Belakang

Beliau merupakan anak ke-lapan dari 12 adik-beradik. Beliau telah menjadi ahli semenjak 13 November 2016 lagi. Beliau seorang yang aktif datang ke Pusat Internet Komunti Wakaf Aik untuk siapkan tugasan dan perniagaan beliau terutamanya promosi di Facebook dan shopee.Beliau mula berjinak dalam bidang perniagaan dalam bulan Julai 2019 tahun lepas dan masih aktif berniaga sementara belum bekerja tetap.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu cara untuk menggunakan aplikasi tertentu untuk dekorasi poster atau promosi produk yang dijual. Beliau kurang mahir dalam asas komputer dan  bidang edit.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau dan kawan-kawan  mula masuk kelas dan program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komunti  Wakaf Aik. Beliau mula belajar asas Shopee dan edit yang betul dan sempurna. Kini beliau juga sudah agak mahir dalam asas komputer.

hanaz

Health Planner Coway

 Nama : Lailawati Binti Ismail

 Umur : 45 Tahun

 Ahli : 2016

Latar Belakang

Beliau mula berjinak-jinak dalam Coway pada awal 2017. Beliau seorang ibu tunggal yang mempunyai 3 anak. Beliau seorang yang sangat rajin membuat promosi tentang Coway di sekitar Daerah Bachok. Beliau merupakan “Health Planner” di bawah Syarikat Coway.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau seorang agak buta IT tapi bersemangat untuk tahu semua tentang IT. Beliau tidak tahu langsung asas menaip dan menggunakan telefon touch skrin.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau selalu datang kerap untuk uruskan jualan belian dalam Coway. Beliau seorang yang berusaha bersungguh-sungguh untuk tahu tentang komputer dan mana-mana gajet yang berkaitan dengan tugas beliau.

kak la

Usahawan Online (Stokis Susu Kambing Kurma Madu dan Banana Milk)

Nur Syafiqah Bt Abllah

 Umur : 15 Tahun

 Ahli :2 Januari 2019

Latar Belakang

Beliau seorang pelajar Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor 2, Bachok. Beliau merupakan anak bongsu dari 6 adik-beradik. Beliau sangat berminat dalam bidang perniaagaan walhal beliau amat menggemari subjek matematik. Beliau mula menceburi bidang perniagaan ini pada pertengahan bulan Jun tahun 2020 iaitu semasa dunia darurat dengan keadan PKP(Perintah Kawalan Pergerakan) kerana Covid-19. Beliau mengambil peluang ini semasa cuti sekolah dengan menjadi stokis produk Susu Kambing Kurma Madu dan Banana Milk.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan asas komputer malah masih belum tahu cara menggunakan pc atau komputer dengan betul. Beliau merupakan seorang pelajar yang peramah dan ringan tulang di kalangan rakan-rakan.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau merupakan salah seorang skuad Pusat Internet Wakaf Aik pada tahun lepas. Beliau dan kawan-kawan  mula masuk kelas dan program yang diadakan di Pusat Internet Wakaf Aik samada program kecil mahupun besar. Beliau perlahan-lahan mahir dalam asas komputer dan memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan yang lain pula

GMBAR

 Nama : Nur Alya Nabilah Binti Mohd Faizal

 Umur : 9 Tahun

 Ahli : 2020

Latar Belakang

Beliau seorang pelajar darjah 3 di Sekolah Kebangsaan Pantai Senak. Beliau merupakan salah seorang ahli atau peserta yang paling aktif hadir Kelas/Latihan/Program di Pusat Internet Wakaf Aik.  Dia anak Sulong dari 2 adik beradik , dia seorang disenangi ,mudah bergaul dan suka menolong kawan-kawan apabila dalam kesusahan. Beliau juga seorang yang mudah berdikari ,berani dan amat peramah.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum ini, beliau hanya datang untuk fotostat dokumen bersama ibu bapa beliau sahaja,  ibubapanya juga memberi ruang pada beliau  bersama kawan-kawan beliau untuk belajar di pusat internet mengenai IT dan kelas harian yang diadakan di pusat internet. beliau selesa dengan layan pihak pusat internet .Beliau mula mengisi borang ahli Pusat Internet Wakaf Aik.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Setelah beliau jadi ahli beliau sangat aktif untuk hadir kelas Kelas/Latihan/Program dan hampir setiap hari datang untuk belajar mengenai ilmu IT. Keadaan Pengurusan Pusat Internet Wakaf Aik yang selesa  dan membuatkan beliau berasa tenang bila berada di Pusat Internet Wakaf Aik bersama kawan-kawannya.

alya

Celik IT - Ahli yang Aktif

 Nama : Nur Dina Ilyana Binti Ismadi

 Umur : 12 Tahun

 Ahli :15 August 2020

Latar Belakang

Beliau seorang pelajar darjah enam di Sekolah Kebangsaan Pantai Senak. Anak kedua dari empat adik beradik. Beliau seorang yang agak aktif sama ada sebagai pelawat sebelum ini atau setelah menjadi ahli. Beliau menggunakan internet atau PC serta aktif dalam menyertai program atau kelas yang dilaksanakan di Pusat Internet Wakaf Aik.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum ini beliau hanya datang menemani abang beliau yang datang menyiapkan kerja sekolah. Kadang-kadang belaiu datang untuk fotostat dokumen yag dikirim oleh ahli keluarga mereka.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Setelah beliau jadi ahli beliau sangat aktif untuk hadir kelas atau program yang dibuat di Pusat Internet Wakaf Aik. Beliau banyak menolong staff di Pusat Internet jika diperlukan.

119433451 2826673554098743 8455653826898156007 n