Usahawan Tudung Online (@BawalTudungMurah)

 Nama : Wan Nor Fazlina Binti Wan Musa

 Umur : 23 Tahun

 Ahli : 2014

 

Latar Belakang

Beliau mula menceburkan diri dalam bidang ini pada awal Jun 2018. Beliau mula berminat menjual tudung untuk dijadikan pendapatan sampingan kerana desakan kerja tetap yang susah untuk dicari.Beliau mula mencari kerja-kerja separuh masa dan mengumpul modal untuk memulakan perniagaan tudung secara online  yang mana menjadi trademark sebagai @BawalMurahTerlajak.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau seorang yang mudah berbicara dengan orang luar. Tidak mustahil sebelum ini beliau pernah menjadi Promoter di Ambank. Perwatakan petah dan banyak berbicara serta suka bertanya merupakan sifat asli beliau dari kecik. Beliau tahu wujudnya Pusat Internet Wakaf Aik apabila ada Program Hari Terbuka di sini.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau mula menjadi ahli pada 16 Mei 2014 dan selalu datang ke Pusat Internet Wakaf Aik untuk menggunakan komputer serta internet untuk kerja peribadi. Malah beliau menggunakan perkhidmatan pinjaman Netbook di sini untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Beliau selalu menggunakan perkhidmatan EBB BSN untuk pengeluaran wang dan Deposit wang urusan jualan.

 

Ina

Usahawan Online - Silver Sadur Emas

 Nama : Nur Fatin Zuhaira Binti Mat Apri

 Umur : 27 Tahun

 Ahli : 2013

 

Latar Belakang

Beliau merupakan usahawan yang berniaga Silver Sadur  Emas online sejak 2 tahun lalu. Beliau hanya merupakan suri rumah sepenuh masa yang mempunyai anak perempuan dua orang. Di samping itu beliau banyak menjual produk makanan sampingan seperti etak, donut dan lain-lain.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak pandai untuk mengunakan komputer atau gajet canggih seperti telefon pintar.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau mula menjadi ahli pada 20 Mei  2013 selepas 1bulan beroperasinya Pusat Internet Wakaf Aik ini. Beliau selalu datang untuk  menggunakan internet dan menggunakan perkhidmatan lain seperti bayaran bil dan perkhidmatan printing.

 

Fatin

Usahawan Online - Produk Muses Cuya Garage

 Nama : Syafik Musyakkir Bin Pa Su Ya

 Umur : 20 Tahun

 Ahli : 2013

 

Latar Belakang

Beliau telah menceburi bidang perniagaan ini selepas SPM. Ini kerana mendapat sokongan keluarga. Beliau merupakan salah seorang pelajar Universiti Malaysia Kelantan Cawangan Bachok dalam bidang Perniagaan.Beliau seorang yang amat komited dalam perniagaannya kerana cuba sedaya upaya memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Tak kira online atau ofline dia akan melayan pelanggan selagi mampu. Beliau juga merupakan seorang yang akti dalam aktiviti memanah.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum ini, beliau tidak tahu Pusat Internet  Wakaf Aik menyediakan perkhidmatan seperti internet percuma, Printing dan lain-lain.Malah beliau hanya sekadar lalu sahaja di depan Pusat Internet  Wakaf Aik.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Apabila beliau telah tahu Pusat Internet  Wakaf Aik bukan seperti Cyber CafĂ© biasa, beliau mendaftarkan diri dan selalu datang menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Malah sentiasa bertanyakan kepada staff cara nak mempromosikan perniagaan beliau untuk lebih maju di masa akan datang.

 

Syafiq

Celik IT - Aktif Hadir Kelas

 Nama : Amir Danial Hakim Bin Salahuddin

 Umur : 12 Tahun

 Ahli : 2017

 

Latar Belakang

Beliau seorang pelajar darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Pantai Senak. Beliau merupakan salah seorang ahli atau peserta yang paling aktif hadir Kelas/Latihan/Program di Pusat Internet Wakaf Aik. Di sekolah beliau jua merupakan Tokoh Harapan Murid. Guru-guru amat menyenangi sifat suka rendah diri dan suka menolong kawan-kawan apabila dalam kesusahan. Beliau seorang yang mudah berdikari dan amat peramah.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum ini, beliau hanya datang untuk fotostat dokumen ibu bapa beliau sahaja. Apabila beliau tengok ramai kawan- kawan sama sekolah datang ke sini dan menyertai kelas harian atau mingguan, beliau teruja bila melihat ramai yang berminat nak masuk kelas.Beliau mula mengisi borang ahli Pusat Internet Wakaf Aik.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Setelah beliau jadi ahli beliau sangat aktif untuk hadir kelas Kelas/Latihan/Program dan hampir setiap hari datang untuk siapkan kerja sekolah di sini. Keadaan Pusat Internet Wakaf Aik yang selesa  membuatkan beliau tenang bila berada di Pusat Internet Wakaf Aik.

 

 

Usahawan Online - Usahawan Perkhidmatan Polaroid

 Nama : Nor Aina Fatihah Bt Rozali

 Umur : 18 Tahun

 Ahli : 2013

 

Latar Belakang

Beliau merupakan seorang Pelajar Pra-Universiti di Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunos. Pada awal tahun ini Aina memulakan  perkhidmatan Polaroid bermula dari order kawan-kawan dan cikgu di sekolah.Beliau berminat dalam perniagaan kerana keluarganya juga mempunyai satu perniagaan kedai kopi di Kampung Wakaf Aik. Aina berminat untuk membuat Paloroid disebabkan kebanyakan orang masa kini berkehendak gambar yang boleh dapat secara cepat. Jadi mungkin ini salah satu peluang dan rezeki kepada beliau untuk membuat perkhidmatan. Kebanyakan pelanggan beliau adalah dari kawasan Bachok dan Kota Bharu.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau pada mulanya seorang yang agak pemalu. Beliau hanya datang ke Pusat Internet Wakaf Aik untuk membayar bil api sahaja. Malah masih malu-malu untuk menggunakan komputer yang disediakan.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Setelah berapa kali beliau berkunjung ke Pusat Internet Wakaf Aik, beliau mendaftar menjadi ahli seumur hidup. Dari situlah ada keyakinan untuk menggunakan komputer di sini.

 

Aina