PERSONALITI KREATIF

 Nama : Mohammad Alif Syahmin Bin Abdullah

 Umur : 10 Tahun

 Ahli : 04 Jun 2017

 

Latar Belakang

Beliau merupakan pelajar darjah 4 di Sekolah Kebangsaan Pantai Senak. Beliau merupakan seorang yang pemalu dari dulu sampai sekarang, malah beliau dikenali sebagai kawan yang agak peramah dan lemah lembut.Rumah beliau hanya selang 1 buah kedai makan di Kg. Wakaf Aik.Beliau menjadi pengguna paling kerap datang ke Pusat Internet Wakaf Aik dan merupakan peserta paling aktif menyertai kelas yang diadakan di sini Pusat Internet Wakaf Aik.Yang istimewanya Aliff seorang yang agak kreatif bila menggunakan Software Paint dan mampu melukis apa yang difikirkan.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan sepenuhnya tentang penggunaan komputer. Beliau amat gemar mencuba sesuatu yang baru seperti software melukis. Beliau aktif menyertai kelas untuk menambah ilmu beliau dalam lukisan.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Hampir setiap hari beliau berkunjung ke Pusat Internet Wakaf Aik selepas waktu sekolah berakhir. Bila cuti sekolah beliau meluangkan masa di Pusat Internet Wakaf Aik yang mana menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.

Usahawan Online - Perniagaan Warung Rindu

 Nama : Zarina Binti Ngah

 Umur : 36 Tahun

 Ahli : 2017

 

Latar Belakang

Beliau merupakan usahawan yang berniaga di  Kedai Makan Warung Rindu. Kedai beliau terletak bersebelahan Pusat Internet Kg Wakaf Aik.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Masalah tidak mempunyai kelengkapan seperti komputer, tidak dapat mengekses internet untuk mendapatkan sumber dan info berkenaan tentang perniagaan.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau mula menjadi ahli pada 30 Disember 2017, dan kini beliau tidak perlu risau kerana Pusat Internet Kg Wakaf Aik telah menyediakan komputer yang secukupnya. Selain itu, Dengan adanya perkhidmatan Ejen Bank BSN di sekitar kampung di sini beliau menggunakan kemudahan yang ada untuk melakukan sebarang tranksaksi seperti bayaran bil,belian Topup dan lain-lain.

 

Zarina

 BERJAYA DALAM "EDITING"

 Nama : Mohd Fakhruddin Bin Ley

 Umur : 13 Tahun

 Ahli : 2013

 

Latar Belakang

Beliau merupakan pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor 2. Beliau merupakan seorang pelajar yang mudah menerima apa yang diajar. Yang istimewanya beliau seorang yang berkeyakinan tinggi dalam apa jua yang dilakukan.Beliau sangat berminat dalam bidang mengolah gambar-gambar agar menjadi satu gambar yang menarik untuk dilihat.Beliau juga merupakan salah seorang Skuad Pusat Internet Kg. Wakaf Aik.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu menggunakan kebanyakan software di dalam komputer. Malah tidak tahu untuk menaip dan masih merangkak untuk menaip secara cepat. Beliau amat gemar dalam melukis dan cuba untuk belajar editing gambar secara online.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Hampir setiap hari beliau berkunjung ke Pusat Internet Kg. Wakaf Aik untuk menggunakan computer dan internet secara percuma. Beliau selalu menghadirkan diri kelas yang berkaitan dengan ‘editing’.Beliau suka mengolah gambar dari yang kosong hingga gambar itu menarik perhatian kawan-kawan.Selain itu, beliau juga telah mencipta akaun email dan facebook melaui kelas-kelas yang dihadiri. Beliau jadi lebih yakin untuk mengedit sesuatu gambar.

Usahawan Online - Beauty & Health

 Nama : Mohammad Tarmizi Bin Yusof

 Umur : 22 Tahun

 Ahli : 2015

 

Latar Belakang

Beliau mula menceburkan diri sebagai usahawan pada hujung November 2017.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum terlibat dalam dunia keusahawanan, beliau hanyalah insan biasa seperti ramai-ramai.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau dalam bidang keusahawanan, beliau cuba mencari alternatif untuk lebih Berjaya. Beliau membuktikan boleh Berjaya seperti usahawan lain dan Berjaya menempa nama dan membahasakan diri beliau Abe Gee Jutawan Kelantan. 

 

Tarmizi

Usahawan Online - Bidang Pengacaraan dan Motivator(DJ dan Pengacara Berjaya)

 Nama : Norifah Binti Che Ahmad

 Umur : 53 Tahun

 Ahli : 2016

 

Latar Belakang

Beliau seorang yang berkaliber tinggi dan berwawasan. Beliau seorang usahawan berjaya dalam bidang pengacaraan. Beliau selalu mendapat tawaran sebagai MC atau DJ atau Pengacara atau Pakar Motivasi bebas untuk program kesukarelaan. Beliau seorang yang peramah dan mudah budi bicara dalam apa-apa perbincangan. Beliau mempunyai syarikat ProMinda Motivation & Training Consultant untuk sesi kaunseling. Beliau membahasakan diri beliau Mama atau Kak Pah.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu wujudnya Pusat Internet Wakaf Aik sebelum ini. Malah tidak pernah datang ke mana-mana Pusat Internet di Kelantan. Beliau seorang boleh dikatakan pengetahuan mengenai ICT.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau mengetahui Pusat Internet Wakaf Aik wujud apabila ada salah seorang Staff mempromosikan apa perkhidmatan yang disediakan dan fungsinya. Beliau seringkali bertanya kepada staf-staf yang bertugas mengenai penggunaan komputer setiap kali hadir ke Pusat Internet Wakaf Aik.

 

KakNorifah